Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 8, 2012

Hari ni hari 'Bekeng' saya...

Huish...Memang saya naik hantu tadi.
Mau nya tidak,
Dah dua hari duk ajar dua ayat yg sama.
Ulang ulang sampai penat dah mulut nih.
Masih tak boleh.
Masih duk sebut entah hapa hapa, ikut sedap mulut nak sebut jer.
Segala mak nenek cara dah saya cuba.
Suruh balik baca di rumah, dia tak baca pun.
Hari ni masuk kelas dengan tergagap gagap.
Saya ni punya lah frust..
(Hanya seorang cikgu saja tau besar mana frust kalau yang di ajar tak lekat dlm kepala budak)
Cuba ajar sekali lagi, malah ulang2 entah berapa kali lagi.
Mulut pun dia tak nak bukak, kalau tak de cikgu dlm kelas bising nya bukan main.
Garang? memang saya garang sangat2 tadi. Menyinga.
Geram tahap gaban.
Kerana ingatkan budak ni anak orang lain,
saya urut dada, sabar ticer sabar...cool sekejap.
Aduhhhh....Bila marah2 macam ni,
esuk mula lah ada yg tak datang sekolah takutkan cikgu garang.
Mak bapak pun mula lah calling2 Guru Besar..
Sudah nya kita yg berhempas pulas nak anak dia orang boleh membaca jugak la yang salah.
Di biarkan salah,
Di ambil peduli pun salah.
Saya ni kerana sayangkan anak2 orang lah yang cuba juga tanpa putus asa.
Kalau saya tak sayang, saya peduli hapa dia org boleh ke tidak, gaji tetap jalan.
Itu lah, saya paling kecik hati kalau ada orang kata cikgu garang sebab cikgu bukan ngajar anak sendiri.
Awak nak tau, awak datang tgok sendiri macam mana saya ngajar anak saya.
Nasib baik anak saya tak call 'teledera' jer...

4 comments:

iNtAn sUfiNaz said...
This comment has been removed by the author.
iNtAn sUfiNaz said...

Aunty...
Ibu intn juga seorg guru...so Intn rasa mcm mana seorg ibu yg juga seorg guru mengajar anaknya dirumah...mcm mana dia garang di sek, dia juga garang dirumah sbb nakkn yg terbaik buat anak2...tp ibu tetap penyayang...bila ibu dah bersara sejak sethn lalu, dia tetap guru dirumah..selamanya teacher...hehe

Akak Kembang said...

hehehehehe..selalunye cikgu garang anak murid akan berjaya..Alin suka kalau cikgu garang ajar anak Alin sb cepat tangkap..

izz iizza said...

sy pn tak faham kenapa org boleh salahkan cikgu bila anak terusik sikit..kalau sy terbuka jer hal ni..anak sy degil buat la apa yg patut..ajar la agar dia tahu apa yg patut dia buat..
tapi jgn sampai lebam kritikal la..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...