Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 14, 2012

Akta berpakaian kena ubah di musim hujan.

Hujan dari marin tak reda lagi.
Yang paling tak best bila tengok bakul kain yg perlu di cuci sarat.
Nak cuci pun yg semalam belum kering di ampaian.
Betul lah tak payah lipat kain baju sehari dua ni,
tapi bila kering semua yg kat ampaian tu,
berbukit lah kerja tertunggak.
Kain baju ni pun satu hal lah.
Dah pakai nak kena cuci
dari cuci nak kena jemur.
Dah jemur nak kena angkat
dah angkat nak kena lipat
dah lipat nak kena masuk almari
Yang saya geram nya, kalau nak pakai baju,
rakyat jelata saya ni mesti nak ambik yg dah tersusun dlm almari
Tak boleh ke pakai yg baru di lipat tu..
Gilir yg sama setiap hari, tak boleh?
Kan duk rumah saja ni, bukan keluar kemana mana pun.
Kalau ingatkan penat duk urus pasal kain baju ni,
Rasa nak tampal notis 'DI LARANG BERPAKAIAN' kat dinding.
Boleh ke buat macam tu?
Tak de lah, cadangan di kala otak serabut tengok pakaian berselerakkan saja.
Kalau letak notis pun hanya lah notis....
' SENDIRI PAKAI, SENDIRI CUCI!'
Ada faham?











5 comments:

Chot said...

Dilarang berpakai an tu..wakaka..lawakk

Unknown said...

Bab melipat pakaian ni memang saya ber'cinta' sangat..kenapala tak de orang cipta mesin melipat kain baju ni...menyampah sungguh.

GH..jgn sebarang lekat notis..ada yg kena tangkap coz sebarkan ajaran 'sesat'..hahahahha.

Granny Hani said...

ishy77,
Dilarang semasa berada dalam rumah boleh ke?

Granny Hani said...

Norhaizam, memang duk buat kerja ni dari kecik sampai tua..

Kak Nik Ja said...

sendiri pakai sendiri cuci...kang ade yg tak basuh baju setaun tuh!!hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...