Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 4, 2013

Cinta pertama Ja.

Entah apa lah yang berada dalam hati dia.
Tak siapa tahu kecuali Tuhan.
Beratnya, sesak nya, payah nya menjadi dia.
Tapi dia tabah,
tenang berdiri di tepi katil Ja
Setiap petang hingga ke malam.,
tidak pernah terhakis doa dan harapan.
Begitu lah dia, Sang Suami yg di duga oleh Tuhan.
Seorang lelaki muda seusia dia sepatutnya,
sedang berbahagia membina keluarga .
Tapi apa daya dia, suratan nya dia harus begini,
maka begini lah dia hari hari..
Masih cekal dan tidak mengalah.
Masih mengharapkan keajaiban.
Saya tidak sekuat dia.
Setiap kali saya hampir tumbang,
dia tongkatkan langkah saya.
Setiap kali berderai rasa hati,
dia pungut harapan yg bertaburan itu,
dia pulihkan semangat saya kembali.
Wan,
Wan lah cinta pertama Ja,
dan cinta terakhir juga...
Bertuahlah Ja menjadi isteri Wan.
Bertuahlah Imaad dan Iyaad.
Bertuahlah mummy kerana Wan hadir dalam hidup kami.

8 comments:

Anonymous said...

Sedih terasa disanubari ini.. membaca coretan mu yang meruntun kalbu. Lebih baik ada didepan mata, daripada saya ini yang dalam sekelip mata dia hilang dari pandangan mata pergi mengadap Dia Yang Maha Esa.. terkapai2 kebingungan...

Anonymous said...

Kisah yg myayat hati d pgi jumaat....sabarla wahai hati...sabarlah wahai mata....

Anonymous said...

Cintailah hamba yg mencintai hamba yang anda cintai. Cinta paling AGUNG mencintai pemilik cinta2 yg suci

Anonymous said...

Kali pertama puan update tentang suami ja slps kejadian ini. IN SHAA ALLAH..SEMOGA JA SEMAKIN SEMBUH...

ZalinZalina said...

Bertuah Ja..susah nak cari pasangan hidup yang masih setia...

makcu B said...

Semoga Allah memberi kekuatan untuk Wan terus menjadi pasak .

Anonymous said...

Wan mmg setia menanti Ja..sesetia dia di uji semasa percintaan..sehinggalah Ja menjadi suri di hati dia..sepanjang yg saya kenal Wan, mmg hanya Ja di hati dia..tak pernah dia berpaling untuk menyintai wanita selain Ja..smga Wan tetap tabah dan terus setia hingga ke hujung nyawa. ( mcm ayat novel plax..hehehe..)

Anonymous said...

Mommy, suami saya dulu kakaknya pun jadi mcm ja juga. Dari demam demam sikit jadi asma terus tak sedar and paralyze. Sampai meninggal. 4 tahun juga mcm tu. Suami dia la yang menjaga. Sebab dia meniaga jadi ada masa. Kederat pun kederat lelaki. Lepas setahun kakak suami meninggal, bekas abg ipar tu kawin lain. Alhamdulillah tgk dari sudut positif kita cuma manusia biasa. Apa yg ada hari ni cuma di dunia. Insya Allah Ja akan bahagia sebahagianya di akhirat nanti insya Allah saya doakan. Mommy take care.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...