Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 11, 2013

Melayan hati

Ada hari ok,
ada hari tak ok.
Bukan Ja tapi saya.
Ja tak banyak berubah,
maintain macam tu seperti andaian doktor.
Saya ni,
kadang tu minda terasa amat penat.
tolak campur bahagi darab..
Tak payah fikir, serah pada Tuhan?
Yer, kalau boleh saya pun nak buat macam tu.
Tapi hakikat nya tidak semudah itu.
masih berikhtiar, berdoa dan berserah pada Dia..
Cuma sekali sekala penat ini membuatkan saya rasa nak 'Log out'
Ni belum lagi pikul beban tugas mengajar semula.
Tak tau lah di bahagian otak mana yg masih ada ruang untuk saya sumbat tugasan.
Kesakitan 'CTS' yg sedang saya alami ini tambah memburukkan.
Nak rehatkan jari tangan tu mustahil.
maka saya terpaksalah guna jari yg kesakitan.
Sakit itu sikit kalau di bandingkan dgn kesakitan Ja,
juga sakit orang lain yg perlu saya pertimbangkan..
Abaikan dulu sakit itu, buat2 tak tahu. 
Tapi luka parah di hati saya tak mampu saya bendung.
Nak buat tak tau pun tak boleh.
Memang tahu dan menanggung rasa pedih itu setiap masa.
Malam tadi tidor saya terganggu.
Kalau ada mimpi pun hanya mimpi ngeri sahaja.
Pagi ni mood saya punah.
jadi pagi ni biarkan saya rebah tersungkur,
saya sudah tidak mau bangun dan melangkah.
Biar saya begini hari  ni
Saya amat penat,
amat letih mengatur langkah dlm payah
Nanti nanti lah,
bila saya dapat kutip kembali semangat yg tumpah,
saya cuba lagi bangkit mengadap setiap lelah.
sekarang, biarkan saja saya begini.
nak menjeruk hati sekejap saja lagi.
Jap  jap.....

4 comments:

Anonymous said...

it is normal to feel the fatigue. must take the much needed rest and the body, mind and soul will recover and regain strength and focus.

aznoorul said...

Ya Allah ya tuhanku..Kau mudahkan lah urusan Mummy Hani Ya Allah..berikanlah kekuatan dan kesabaran kpdnya utk menghadapi dugaanMu..Kau sembuhkan lah Saidatul Hafeeza Ya Allah..Semoga mereka sekeluarga akan berbahagia dunia akhirat..amin ya rabbal alaminn..

Anonymous said...

Amin..ya Rabb

makcu B said...

Betul! Apabila ia melibatkan soal hati dan fikiran maka sesuatu itu akan menjadi amat payah. Kita akan lebih sanggup bagi reng/ kudrat, tulang empat kerat daripada mencongak benda yang tidak berada dalam tangan. Ambik masa lah kak Nie,kerana makcu pun terkadang mencongak "kalu, kalau, jikalau"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...