Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 20, 2013

Mereka ada kami dan kami dan kami...

Aduhai Imaad dan Iyaad,
Cucu kami kedua belah atuk dan nenek
Anak saudara bagi anak2 kami,
Buah hati kami.
Jangan ada duka hinggap di hati kamu,
tidak ada sengsara menari di jiwa.
Segala sedih pilu biar hanya di dada kami,
Hanya di bahu kami bersarang semua luka.

Biar bibir itu basah ketawa,
di mata kamu hanya ada bahagia...
Tuhan lindungi lah kamu berdua,
 dari petir dan ribut rasa,
Damai lah di rimbun sayang kami selamanya
tenang lah di buai gurindam kasih kami semua.
Irama rindu ibu itu kita sama2
cuba untuk tidak lagukan..
Tidak akan ada ruang sepi dalam dada mu
segenap penjuru hati kamu, ada kami.
Setiap penjuru hati kami, kamu ada.
jangan berjauh hati,
jangan menangis,
kamu tidak akan kesaorangan.
lelapkan lah mata,
Damai lah di ribaan
Dalam dakapan kami Insyaa Allah,
kamu menapak membesar
dan jadilah lelaki yg tabah dan gagah
Segagah mummy kamu yg masih berjuang
untuk tidak membiarkan kamu berdua
menjadi yatim sebelum waktunya.
Tuhan,
Berkati cucu2 kami ini,
Masa depan mereka di tangan Mu ya Allaah
Lindungi lah mereka.






5 comments:

Anonymous said...

Amin....smga Dia memakbulkn doa mummy scpt mgkin...
Insaf bila mmbaca coretan mummy pg ni..sebak di dada...terasa betapa byk bnda yg tidak sy syukuri dlm hidup... sedangkn Allah tlh mmberi ksmptn utk sy nikmatinya..
Smga sy mmpu jd ibu yg baik utk ank2 sy...dan smga ja juga diberi peluang lg olehNya utk mengasihi dua putera comel ini..bgn ja,sy sntsa doakn awk...

LINA EVERLYNN said...

bsar dh dua2,,iyaad n imaad.comell nya anak pja secomell ibunya :)

makcu B said...

Semoga tidak ada duri yang mencengkam pada telapak kaki anak-anak ini untuk terus melangkah. Biarkan waktu berlalu, biarkan bulan berbicara semahu mungkin kerana esok , giliran mentari pula. Bersinarlah!!!!

Anonymous said...

meh sini auntie jaga budak berdua ni!! kecomelan teramat....smg menjadi anak2 soleh penyejuk hati keluarga ya sayang...

Anonymous said...

Makin besar makin nampak muka iyaad ikut papa dia...hehe..muka imaad plk sbiji muka ja....adulah...adil sggh kurniaanNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...