Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, October 3, 2008
Air mata Aidilfitri
( Teman, kita lupakan duka kita buat seketika..Kita lakonkan lah watak bahagia sebagaimana biasa..Biarlah duka kita hanya kita yang tahu....Hanya kita yang merasa peritnya hidup bersandiwara..)
Orang raya, kita raya..
Orang bahagia, kita terluka
Orang bermaaf maafan
Kita menyimpan dendam
Orang raya kita raya
Orang main bunga api
Kita membakar hati sendiri
Orang gelak ketawa
Kita pendam derita
Oang raya kita raya
Orang ziarah sanak sedara
Kita lawat kenangan duka
Orang jamu selera
ketupat,rendang dimakan bersama
Airmata hidangan kita
menjeruk rasa didalam jiwa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hani syggg...
biarlah airmata derita itu menemanimu saban waktu...
kalau itu yg membahagiakan mu...
hanya aku,dia dan dia dan kamu
yang mahu mengerti...
...rose az..
tq rose..bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. hanya kita yang tahu..sepi itu amat melukakan.
Buat temanku,
Biar bicara ini
menjadi jambatan rindu
agar kita bisa merentasi
lautan duka....
sambil berpimpin tangan
menoleh kelangit yang terang
sambil membilang bintang-bintang
hingga kita terlena
dibuai mimpi indah
yang telah lama kita pohon
dari yang Maha Esa.
Just me:aG
Post a Comment