Yer saya cikgu.
Gelaran yang telah saya sandng selama 30 tahun dan akan terus menyandang nya walaupun nyawa bercerai dari badan.(tetap bergelar 'gemuloh Cikgu Hani').
Tidak pernah kesal malah bangga rezeki saya dari hasil ilmu yang di curahkan.
Semoga dimanafaatkan..
Dimana mana saja, saya sentiasa di sapa dengan panggilan "cikgu"
Kalau saya melewati hospital..ada saja yang mengenali saya sebagai bekas guru mereka.
Doktor, jururawat, Tukang sapu dan di kalangan pesakit pun ada.
Kalau ke jabatan2 kerajaan atau swasta...sama lah, dari pegawai atasan hingga ke pembantu am rendah..
Kalau ke pasar, macam tu jugakla..tauke ikan atau peraih, si penjual sayur ada saja yang menegur.
Di airport, dihentian bus atau di jalanan bekas anak murid ku tetap menyapa.
Yang berkot dan bertali leher hingga ke yang memegang penyapu di tangga..
Saya tak kisah, asal rezeki halal, saya bangga kerana pernah mengajar mereka membaca.
Tapi saya bayangkan,
Bagaimana jika satu hari nanti seorang kaki pukul, pencuri atau perompak.
Banduan atau pesalah yang menunggu hukuman tiba2 menyapa saya dengan panggilan 'cikgu'
penagih dadah yang kotor atau kupu2 malam di lorong2 itu..
Apa harus saya buat selain dari mencerminkan diri saya.
Dimana silap saya? Dimana ilmu yang saya bekalkan kepada mereka?
Alangkah tidak bermanafaatnya ilmu yang saya ajarkan,
Alangkan tidak pandainya saya membentuk peribadi mereka ini.
Kecewanya hati saya, hati seorang guru tua..
Sempena hari guru ini, dengarlah kata hati saya yang bergelar 'cikgu'
Wahai anak murid ku dan bekas anak2 murid ku.
Kalau pun tidak banyak, cikgu harap setitik ilmu yang pernah di kongsi bersama mu itu akan menerangi hidup mu, masa depan mu dan pohon lah keberkatan dari Tuhan.Wallahhualam.
5 comments:
selamat hr guru, moga ceria..
Selamat Hari Guru Jentayu, kita hanya sekadar berusaha....
Selamat hari guru kak. Hanya Allah yg akan membalas jasa akak dalam mendidik anak bangsa.
selamat hari guru buat anda..
:)
p/s: first time singgah sini.
Tq, alhamdullilah, dengan doa keberkatan dari semua yg singgah ni saya kan lebih gagah hadapi segalanya.
Post a Comment