Sue bagi inai dari mekah.
Dia tau saya suka berinai.
Dah lama tak berinai.
Balik sekolah saya tak sabar2 nak letak inai di jari.
tempek 5 batang jari dulu.
Nak tunggu satu jam ni lama gak.
Dah dalam keadaan letih tu saya baring dgn inai basah di jari.
Ingat nak baring2 jer, bukan nak tidor.
Sekali terlena.
Bila tersedar.... tgok inai bukan lagi di jari.
Tapi tercalit di baju,
Di sarung bantal,
Di cadar,
Yang tak best nya di muka pun ada terconteng inai...
Pengajaran buat semua peminat inai.
Kalau tak sabar sangat nak pakai inai tu walau mata mengantuk,
Ikat saja tangan kat katil...
( TQ Sue for the Henna paste....)
6 comments:
salam..nak panggil ape ye..jentayu ye..
sama la kita..suka sangat berinai..kuku akak ni..sampai susah nak tengok putih..merah saja..akak suka inai daun..tahan lama..
KakErna,
kita sebaya..panggil je hani. terima kasih kerana singgah..malam ni kita nak inaikan 5 batang jari lagi..heheehe
ekekkeke
wah wah wah
aku tak suka berinai. he he he
Sallam, cikgu Hani,
Heheh nasib tak termakan inai tu...
murid dilarang berinai, cikgu berinai
sItEDI,LIpislady dan hazeleyed,
suka suka jer pakai inai ni..murid2 mmg tak leh pakai..tapi cikgu tak tergolong dalam kumpulan yang di larang tu..sama la mcm pakai kasut high heels..murid mana boleh..murid dan cikgu tak sama..
Post a Comment