Kerana aku semakin dimamah usia,
Aku bukan lagi kembang wangi kuntum di taman
Hanya lah pohon kemboja yg luruh bunga
Menunggu masa untuk diganti dengan
Cempaka yang wangi semerbak.
Bukan juga dahan buat semut meniti
Kerana sudah reput dan tidak sekuat
batang merbau atau tembesu.
Musafir sudah tidak lagi berpaut,
Bergayut dan menumpang bayang.
Bulan saksi duka ku dalam diam.
Sedikit tidak dapat menghalang ku
dari makin mengelupas rasa.
Masa mengikis saki baki nyawa.
Kalah lah aku kepada reput yang menjadi jadi,
Menjadi jadi…
Terik mentari menyuluh segenap ranting
Tidak teduh dan tidak lagi redup
tidak mampu menjanjikan bayang
yang sejuk memayunggi hati.
Adakah aku ini
tunggul yang tidak berguna?
Menunggu masa
di tebang
dan dilupakan…..
3 comments:
salam hani..menarik puisi curahan hati nya ....saya pun merasakan perkara yang sama..usia dah menghampiri senja..
Apo kono ni jang? Tak usoh pikir.... maso menentukan segalo. Kalu kito raso diri kito senjo, tukang tebang dah maghrib.... dah tak larak! Dio takkan lupo sebab kito dah melupokannyo terlebih dahulu. (makcu)
hehehehe..Makcu sokmo ubatkan hati dgn lawak spontan makcu tu.
Post a Comment