Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 4, 2010

Dia tak pernah miskin.

Pakdo kata dia miskin.
PakDo tak tau saya lagi miskin.
Pakdo kaya rakan sahabat.
Ramai yang sayangkan PakDo.
Kiri kanan sahabat sentiasa ada.
Saya pun kawan PakDo jugak.
PakDo kaya budi,
Sentiasa membantu
tidak kedekut tenaga,
bantuan moral, bantuan perasaan
bila perlukan tempat mengadu,
Pakdo ada...
PakDo kaya ilmu.
Sentiasa rela berkongsi,
Tunjuk ajar yang ikhlas membantu
membuka minda yang tertutup
membawa cahaya menerangi kegelapan.
PakDo mewah kasih sayang,
melimpah senyuman di bibir.
Menerima dan memberi
setulus hati.
Jadi miskin apakah PakDo ini?
Sedangkan sayalah yang miskin sebenarnya.
Miskin segalanya.
( PakDo seorang kenalan yang sentiasa low profile dan disenangi ramai.)

1 comment:

maiyah said...

ssh nak dpt org cam pakdo

slmt hr rya.. maaf zahir batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...