Cerita ni buat buat saya rasa loya...hehehee..Nak baca tak? Tak paksa ni...sendiri tanggung risiko k.
Ni cerita zaman dia bersekolah di tingkatan enam. Mereka duduk rumah sewa bertiga kerana sekolah tu jauh di bandar.
Mak Bapak hantar duit bukan byk pun, sekadar cukup makan dan belanja sekolah. Tapi mereka ni mula kenal 'rokok' jadi duit habis buat beli rokok. Nak mintak lebih agaknya mereka takut.
Sekali tu bulan puasa mcm ni lah, akhir bulan. Duit dah habis. Yang tinggal hanya sardin satu tin dan beras. Hari ni giliran mamat ni jadi tukang masak untuk berbuka. Hentamlah masak camna pun asal boleh ditelan. Beres bab berbuka. Sahur? Adalah sedikit lagi buat sahur.
Sebelum imsak mereka bangun nak bersahur. Si mamat ni nak hidang lah sardin yg dimasak semalam. Laa..dah berenang seekor anak cicak dlm sardin yng tak di tutup dgn eluk tu. Nak buat cmna, nak buang dah tak de lauk lain. Mau tak mau, dia selamatkan cicak tu dari lemas dlm kuah sardin dan zip mulut jer. Bukan apa, atas dasar kesihankan kawan2 yang bergantung harap pada sardin tu saja.Berselera mamat2 lain tu makan.
Hari tu lapar sungguh S i Mamat bertuah tu sbb tak sahur...(tau pulak tak lalu nak telan). Risau pun ada, takut kawan2 tiba2 sakit perut ke, mati keracunan ke...Seram jugak.
Hari ni dia orang serumah tu dah beruban dah tapi rahsia tetap rahsia..Hanya saya sorang yang tau cerita ni selain dri si Tukang masak tu..
Sekarang Mamat yang sorang tu dah bergelar yang berhormat, sorang lagi tu Dr. Si Mamat tukang masak pun dah tak jadi tukang masak dah sekarang ni..Dia dah jadi Pengetua, kat sekolah yang sama tu lah. Hehehehe...
Datang lah beraya nanti wahai Yang berhormat****** dn Dr*****,
saya nak ceritakan hal sebenar.
Kalau saya hidang Sandwiches Sardin nak tak?
Maaf Zahir Batin.
No comments:
Post a Comment