Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 18, 2010

Hang kebun dan ice cream.

Semangat nak bersihkan halaman dan berkebun tu berkobar kobar.
Masuk uniform kerja pagi pagi lagi.
Marilah bibik kita pakat kerjakan pokok2 yang dah tumbuh diluar kawalan ni.
Cantas itu, tebas ini.
Penat jugak Bibik kan?
Matahari pula terik pagi ni.
Baru kul 10, pagi lagi laa







Anis turun buat inspection.
Di tangan dia ada ice cream.
Mummy nak?
Sah la nak.
Orang tengah dahaga,
Dia hulur ais krim.





Bak sikit.
Ambikkan mummy yang lain lah.
Ok. take five.

Saya rehat kejap Bik.
Kamu sudahkan dulu mana yang patut.
Nanti ibu sambung.
Bibik nak ais krim tak?
Bibik ngeleng.
Siap kerja baru makan.
Itu polisi bibik.
Bukan polisi saya.









Sedap jugak ais krim ni.
Kita makannnnn dulu!

2 comments:

maiyah said...

jgn mkn bebanyak, bibik x mau bg kat sy hehe

hani@debumelukut said...

heheheehee...bab makan byk tu sinonim dah dgn akak ni dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...