Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, September 2, 2010

'Kalau' tak mampu mengubati...

Kalaulah sewaktu mendapat tawaran belajar di MRSM dulu saya terima, mungkin saya tak berada di tempat saya sekarang ni..
Tapi saya belajar di sekolah yang itu, bertemu kawan2 itu dan membesar dengan cara itu.
Maka begini lah saya hari ini.
Kalaulah dulu saya ikuti kursus di ITM hingga ke peringkat yang lebih tinggi,(kursus yang sangat saya minati tu), mungkin saya tak berada di tempat saya sekarang ni..
Tapi saya pilih untuk ke maktab, mengenali dunia perguruan dan melakar kenangan di situ.
Maka begini lah saya hari ini.
Kalaulah saya buat pilihan lain sewaktu saya meniti dewasa dulu , mungkin kehidupan saya jauh berbeza dari sekarang.
Tapi saya pilih untuk begini dan menghabiskan sisa hidup saya dengan cara ini.
Maka begini lah saya hari ini.
Saya telah mengorbankan keinginan diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain...
Maka ini lah kehidupan saya,
realiti yang perlu saya hadapi..
Di masa itu ini lah pilihan yang terbaik buat saya.
Seribu 'kalau' pun sudah tidak boleh mengubah keadaan.
Maka saya harus terima risiko nya.
Suka atau tidak sudah tidak ada bezanya.
Mahu atau tidak saya harus redha.
Betul kah pilihan seringkali tidak menepati?

2 comments:

roslaini saad said...

Salam...
Sebenarnya inilah yang dinamakan takdir..bila mana kita membuat sesuatu keputusan, keputusan itu bukan saja menentukan hidup kita tapi menentukan takdir kita..dan sebenarnya takdir tu telah pun ditulis untuk kita...

nidus2 said...

Sokong. Pilihan seringkali tak menepati tapi kembali kepada azali, kita merancang.... Tuhan tentukan. (makcu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...