Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 7, 2010

Dunia facebook


Facebook
Hampir semua orang ada Facebook.
Saya pun aktif berfacebook.
Tujuan saya berfacebook ialah untuk jejaki kawan kawan lama yang terpisah.
Juga untuk sentiasa keep in touch dgn sedara sedara yang tinggal berjauhan.
Kadang tu ada jugak kongsi resipi dan gosip terkini.
Acapkali jugak saya jelajahi facebook orang lain hanya untuk suka suka.
Melihat orang lain dan mencerminkan diri sendiri.
Menerima hakikat manusia tak sama.
Saya tak akan accept request dari orang yang saya tak kenal untuk berada dalam list of friends saya tu.
Berhati hati kerana macam macam orang yang ada kat facebook.
Saya juga tidak suka menyentuh hal hal sensitif kat ruang komen.
Dan saya tidak suka orang mengulas hal hal peribadi saya kat situ.
Paling saya tak suka bila ada orang promote bisniz kat facebook saya tu.
Bagi saya facebook tempat rehat minda, share jokes dan sembang kosong saja.
Saya selesa berinteraksi dengan cara ini dengan rakan taulan.
Tapi kan,
Kenapalah ada orang yang guna facebook untuk menyinggung perasaan orang lain?
Mengutuk mencela...?
Ada juga orang yang menjadi orang lain di fbook..untuk apa?
Ada yang mengambil kesempatan untuk test markat, nampak sangat desperate tu.
Tak kurang jugak yang lupa, facebook ini boleh menjerat diri.
Hmm...Buatlah apa saja dengan facebook awak tu..
Asal awak bahagia.
Saya hanya nak pastikan facebook saya bebas perkara2 yang saya tak suka.

1 comment:

Aida Ali said...

Saya minat blog lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...