Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 7, 2011

Cikgu WanNor yang saya kenali.

Sakit perut saya gelakkan cerita dari kawan saya tadi.
Cikgu WanNor ni kawan saya.
Dia ni, seorang yang jenis gopoh..
Segala benda jadi tergopoh gapah.
Nak di jadikan cerita, satu hari dia ke kelas tergopoh gapah macam biasa lah.
Tapi hari ni entah kenapa dia rasa ada yg tak kena.
Dia perasan yang 'Handbag' dia berat dari biasa.
Tapi oleh kerana nak cepat, walau luar biasa beratnya, dijinjing juga ke kelas bersekali dengan buku tulis murid.
Masuk saja ke kelas, ada lah budak sorang ni pandang dekat Cikgu WanNor semacam saja.
"Cikgu , kenapa cikgu bawak dua handbag hari ni?"
Haaa...kan dah kata, sebab perangai gopoh dia tu lah.
Rupa nya tak pasal2 masa nak bangun dari meja di bilik guru tadi,
selain dari handbag sendiri,
dia juga telah terbawak sekali handbag cikgu yg duduk di sebelahnya.
Handbag cikgu tu pulak memang dah terkenal berat melebihi had muatan.
Padan lah berat bebenor rasa nya....
Itu lahhh...lain kali gopoh lagi...!

19 comments:

Cikli said...

kahkahkah lawak bulan puasa.kirim salam cikgu wan nor

makcu B said...

Ha ha ha.... tumpang gelak. Banyak lagi cerita tentang dia yang dia sendiri cerita, bagai senak perut kita mendengarnya.

pena rozie said...

hi...hi...hi.... kelakar la.

Guru said...

cikgu yang lagi satu tu tak mencari ke handbag dia? :)

insan marhaen said...

Nasib baik handbag kawan. kalau handbag orang tak dikenal, sahih dituduh peragut..

ILA HonEyBuNNy said...

hehe...

lawak la..kepoh sampai xperasan terambil beg tangan org lain jugak..ehheh...huawwaw

Ibu n Abah said...

bila dalam keadaan tergopoh gapah.. memang macam2 boleh terjadi...
saya pun pernah kena yang teruk lagi.. nanti saya cerita dalam entry...

Granny Hani said...

cikli,
lucu tapi benar nih.

Granny Hani said...

Haa..Makcu B pun ada tadi kat bilik guru kan?
tergelak besar kita semua tadi..

Granny Hani said...

Pena rosie,
mmg kelakar habis.

Granny Hani said...

a kl citizen,
puas lah satu sekolah di cari nya hbag dia tu..tapi last2 dia pun tergelak besar.

Granny Hani said...

IM, yer, nasib baik kat sekolah, tempat semua org mengenali antara satu sama lain.

Granny Hani said...

iLA HonEyBuNNy,
tu lah, lain kali kena hari hati..

Granny Hani said...

Ibu d Abah,
yer ke...tak sabar nak dengar ni..

Cik Ina Do Do Cheng said...

cikgu, mesti dia bercita -cita nak pakai dua handbag. cerita ni menceriakan suasana pagi cik ina .

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tu la gopoh sgt...kan dah terbawa 2 sekali...kesian cikgu yg sorg lg dok cari h/bag dia ye....

kasihredha said...

hihihi...memang gopoh benor..hahaha
gelak sorang2

wan nor said...

nak tahu... yg lucu lagi bila rakan2 tanya hbeg warna apa, nak tolong carikan... dia sendiri lupa bawa hbeg warna apa hari tu..maklum la hbeg mcm2 colour dia ada dan slalu berganti...hahaha

Anonymous said...

tambah melucukan lagi tuan puya hbeg tu bila sibuk mcari hbeg tak der rakan2 tanya apa warna nak tolong carikan...dia sendiri pun x ingat bw hbeg warna apa hr tu..maklumlah selalu bertukar hbeg stiap hari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...