Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, August 12, 2011

Degil pulak awak yer...


Memang sah tak nak ikut kata tuan.
Mata ni lah.
Kalau hari bekerja tu, lepas subuh ngantuk nya macam tak tido seminggu.
Pantang duduk, terlelap lah...
Bila nak ke tempat kerja tu mula lah rasa nak bawak bantal sekali.
Tapi duhai mata ku,
Hari ni kan cuti,
eluk pulak terkebil kebil dari tadi.
Lepas baca alquran tadi cuba juga tido.
Tak mau nya.
Puas di peram dalam comforter, tak nak lena jugak.
Kalau peram pisang dah boleh buat jemput2 dah ptg nanti.
Last2 saya give up.
Bangun.
Banyak kerja nak di buat.
Duhai mata ku, kenapa macam ni...?


13 comments:

Cikli said...

mata perempuan tak suka dipaksa, macamlah tuannya.

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa bukan cikgu saja macam itu. Kakak pun sama. Kalau hari kerja mesti mata macam nak tongkat dgn batang mancis, tapi bila cuti mencerlang pulak kan....:)

kucingorengemok said...

elok tu, dia tak mau tidur lepas subuh... tapi kadang buat dajal, antara maghrib dengan isyak kelopak mata macam pasang magnet!

ajumohit said...

Mata masih belum mahu tidur usah dipaksa kak.. Mgkn nak tgk resepi berbuka utk hari ini hihi

sekamar rindu said...

salam.....

hehhhehee..memang selalu berlaku....:))

Ibu n Abah said...

mmg biasa dia buat degil cenggitu...
bukan cikgu jer kena....
saya pun biasa kena....
mujurlah boleh duduk depan laptop...
jauhlah boleh berjln2...

Nizam.Ariff said...

kalau ikutkan pantun orang tua-tua... mesti akak teringatkan orang yang jauh...

nidus2 said...

...antara matamu dan mataku jauh berbeza.....hee3.

Selamat berposa Kak Hani.

Unknown said...

akak..cuba baca buku, kut2 leh ngntuk :)

Zaitun said...

Mata pun pandai melawan tuannya bila tak ada tugas yang perlu dilakukan tak mahu dia lena.

MulutPayau said...

kak..saya pun sama, kalau di skolah...mata asyik nak tertutup jer..kadang2 terjenera dlam klas...adoiiiii kantoi betul...

Ateh Nour said...

Sallam Ramadhan Cikgu Hani,

Samalah kita, saya pun sejak pagi tadi sampai sekarang dah berapa kali terlelap, tengah mengetuk keyboard pun boleh terlelap.

Hehe kalau anak murid terlalap tengah menulis lagi haru kan cikgu, kita suruh tulis menda lain, dia asik lukis cacing aja..hehehe..

NzA said...

itulah, kalau kt tmpt kerja rasa je nk baring2 n mata mcm kuyu je ttp kalau weekend, awal2 dh bngun....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...