Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 13, 2011

Ter 'usik' hati dgn lagu ni ,di malam 14 Ramadhan....

Terdengar lagu lama.
Terusik hati.
Hmmm....terbuai buai hati malam ni.


Dah, pantang di layan hati saya ni,
Kalau layan jugak, mula lah tak bertapak di alam realiti.
Apa saja lah saya ni.
Sorry, lagu tak menepati tema tu..kesilapan teknikal.
keretapi pun ada kala terkehel dari landasan kann..
Ini kan saya, manusia yang sering membuat kesilapan.
Ok, ok tukar ke Mood: Normal.
Kita dengar lagu nasyid ni pulak.
Malam Lailatulqada dari Kump Raihan.
Tak puas dgr lagu ni.
Sedap sungguh!
Teringat zaman kanak2
Pengertian Lailatulkada bagi seorang kanak2 hanya lah menandakan bulan puasa dah nak tamat.
Raya dah dekat.
Mula lah sibuk suruh ayah beli pelita minyak tanah.
Pacak keliling rumah.
Ayah mula pasang lampu lip lap lip lap.
Meriah, bahang raya mula terasa.
Bekalan bunga api cap kucing mesti ada.
(Saya ni takutkan bunga api, jadi penonton kakak2 main jer lah)
Dulu boleh main mercun, tapi mercun merah yg sepapan2 tu aje.
Kat dapur mak sibuk buat biskut raya.
Malam nanti kalau ada yg terlebih masak/hangit tu rezeki saya lah tu..
Baju raya pun dah tergantung dalam almari.
Kasut raya di bawah katil tak lupa saya jenguk setiap kali nak tidur.
Bahagia bagi seorang kanak2 hanya semudah itu.



Jap, jap..Betul le hari ni 'Hari Kidal' sedunia?
Hari saya lah kalau camtu....

15 comments:

secangkir madu merah said...

malam tujuh lekor ya.. pasang pelita keliling rumah .. seronok bermain bunga api.. meriah bersama kawan2 di halaman rumah tapi kini semuanya tinggal kenangan yg tak akan berulang... huhuhu sedih..

insan marhaen said...

'Hello" mengingatkan IM semasa baru mula kerja shift malam...

ILA HonEyBuNNy said...

lagu raihan y lailatul Qadar tu memang best....

zaman kanak2 la best...riang ria nak sambut raya...ehhehe..semua mak ayah sedia kan...

ya..harine hari kidal ..ngeh3..

abghani said...

salam ramadan....kenangan mengusik jiwa

Granny Hani said...

SMM,
kenangan zaman kanak2 manis sekali.

Granny Hani said...

IM,
Mesti ada cerita sebalik lagu ni..share sikit.

Granny Hani said...

ILA,
baju raya dah ambik dari tailor?

Granny Hani said...

abgGhani,
kenangan manis mengusik jiwa, kenangan pahit meruntun hati dan perasaan kan?

Cikli said...

kawan saya harinya disambut seminggu sekali.
namanya isnin.

ieja amieja said...

zaman kita dah berlalu main mercun n bga api,skrg turn ank2 plk,kita jd pemerhati..bab pacak tiang pasang pelita tuh blk kg br meriah..kat tmn2 mcm sy ni psg lmpu lip lap lip lap je la..

Unknown said...

oh rindu dgn lagu2 yg mengusik jiwa..tp mmg betul kak, kalau dilayan hati ni mmg xkeruan jadinya..

Ros said...

kenangan hari raya time kecik dulu memang menarik pasti kita tak boleh lupa ya kak hani...

'Hari Kidal' sedunia???..he ros tak pernah pulak tahu...untuk itu selamat 'Hari Kidal' buat kak hani...(cikgu kat rumah ros ni pun kidal juga...)

mykhalis said...

seiring dengan usia..r asanya beberapa tahun lepas masih beratur nak duit raya,,sekarang dah kena bagi duit raya..hehe

Zaitun said...

Seronoknya kalau ingat zaman remaja.Pakaian dan kelengkapan semua mak dan ayah sediakan.Malam2 akhir puasa main bunga api dengan anak2 jiran. Tak payah fikir apa2 berseronok aje.

Acik Erna said...

assalam hani..tak pernah tau pulak adanya hari kidal sedunia kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...