Saya nak bilang syukur saya pagi ni..
.Syukur kerana......
1. Walau pun saya tak lawa macam ratu malaya, anggota badan saya sempurna, tiada cacat cela.
2.Walau pun saya di besarkan sebagai anak angkat, saya dapat juga menumpang kasih orang, tidak tercampak dalam tong sampah di tepi jalan.
3. Walau saya tidak belajar tinggi dan bergaji besar, saya masih dapat pastikan anak2 saya tidak kelaparan dan keperluan asas mereka mencukupi.
4. Walau saya bukan lah orang yang famous dan di puja puji atau di sanjung tinggi, saya tidak ada musuh yang membenci dan menyakiti.
5. Walau pun saya sentiasa di duga dengan perbagai dugaan dan air mata sentiasa menjadi teman, Syukur teramat sangat kerana saya dapat lalui dugaan tersebut dengan tabah dan masih mampu melakar senyuman.
6. Walau pun saya seringkali melakukan kesilapan langkah dan pilihan, saya tidak putus asa dan menyalahkan sesiapa, semua nya atas kekurangan saya.
7. Walau saya masih jahil dan cetek Ilmu agama, saya bersyukur kerana nenek moyang saya memilih untuk masuk Islam dan menjadikan saya dan keturunan saya muslimin dan musliman yang sentiasa mencari keredhaan dari Nya.
Syukur pada mu Tuhan,...Atas baki usia yang masih ada, saya mampu lagi membilang syukur dan memohon keampunan di atas segala dosa dan kesilapan masa lampau dan berdoa untuk esuk yang lebih lapang..
Alhamdullilah.
15 comments:
betul sangat2... membilang syukur, walau kita tahu nikmat yang ada tidak terbilang
syukur dapat komen di sini
Amin Ya Rabbal Alamin...
- Tumpang doa yang cantik ini...
Alhamdulillah
byk sgt nikmat Allah berikan pada kita berbanding cobaan yg Dia berikan.
Assalamualaikum Cikgu Hani,
Tumpang bersyukur dengan senarai bersyukur yang cikgu senaraikan tu cuma yang bab anak angkat tu terkecualilah.
Selamat menjalankan ibadah di bulan mulia ini.
Syukur Alhamdulillah
Bersyukur juga cikgu kerana kita masih mampu melahirkan kesyukuran itu atas adanya kesedaran dan ilmu yg ada cikgu...
Ada yg punya segalanya tapi lupa bersyukur...
assalamualaikum kak.
alhamdulillah. ~tetiba terasa pulak diri ini. *sigh~
kita kena selalu bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Tidak meminta2 lebih padaNya. cukup apa adanya. cuma manusia ni kekadang tamak dan mungkin je tak nampak betapa banyak kurniaan yang tak terhingga Dia dah kasi, tapi still rasa tak cukup. hmm.
thanks atas ingatan :)
syukur alhamdulillah
moga kita semua dirahmati & diberkati Allah selamanya... sentiasa bersyukur & kuat imannya..
sgt barmakna :) amin ya rabbal alamin..
Syukur..
thanks. Saya bersyukur juga mempunyai rakan blogger seperti Hani. Berpesan-pesan dan berkongsi perasaan.
Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”
Amin...
Kita syukuri atas kurnia dan nikmat Allah SWT...Alhamdulillah.
betul tu kak...kita kena sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaNYA..
kak, akak dibesarkan sebagai anak angkat? mesti ada cerita di sebalik tu...akak tak nak share ke?
akak mmg tabah...
ya betul tu...
walaupun tidak sempurna sangat tapi kita perlu bersyukur kan...
alhamdulillah..terima kasih Ya Allah......
Post a Comment