Marah.
Sebagai cikgu dia memang saya marah.
Sepatutnya dia buat ujian tapi dia tido.
Tersengguk sengguk di meja sampai nak terjatuh.
Saya alihkan saja kedudukan dia dari di kerusi, saya suruh dia bersila di pentas.
Saya amati keadaan dia.
Saya selami hati dia.
Mengantuk itu dah soal kedua.
Yang bermain di minda saya penyebab dia jadi macam tu.
Kenapa dan salah siapa seorang anak yg berusia 9 tahun ini jadi begini.
Ini cerita dari mulut dia.
"Abah dan mak niaga kat pasar malam kat Pasar Wakaf Che Yeh.
nak duk rumah sorang2 abah bimbang.
Lagi pun mak suruh jaga adik sbb mak sibuk bantu abah.
Ikut lah bersama ke pasar malam tiap2 malam.
Pukul 4-5 pagi baru pulang.
Kat Pasar Malam tu Nisa main2 dgn adik,
Bawak adik main kat tong sampah besar,
pungut straw dan main dengan cawan plastik yg org buang.
buat lah apa saja asal tak ganggu mak dan abah."
Mula tu memang saya marah kan Nisa'.
Tapi selepas dengar cerita dari mulut budak Nisa' ni,
Marah saya beralih ke Makbapak dia..
Esuk, saya nak panggil aje MakBapak dia datang jumpa saya.
Tapi saya nak cakap apa a?
Bukan senang weiii....
41 comments:
AI, AcikErna dan KOG,
tq for the comments..tapi ada kesilapan teknik di posting yg terdahulu..terpaksa post sekali lagi..
Saya dah siasat dah tapak niaga makbapak budak ni .sebelah tong sampah hijau yg besar tu, di tepi jalan utama yg sibuk..mmg x selamat. org lain niaga pasar malam jugak, tapi anak2 tak macam ni..bagi menjawap soalan KOG, yer something have to be done..
salam teacher - ada lagi ekkk mak bapak berfikiran begini...mmg tahu la nak cari rezeki...tp anak2 diabaikan....Ya ALLah jauhi diri drp bersifat zalim terhadap hak anak2. Kesian kan kejahilan diri menyebabkan anak2 dpt tempias nya.
Betul lina...kesian sangat2
kesian nyer anak2 peniaga pasar malam...
selalu nampak depa dibawa bila mak ayah berniaga...
mmg tak patut tapi alau ditinggalkan dirumah perlu belanja dan bahaya.... belanja bayar bibik atu tumpang dgn babysitter...
entahlah cikgu... tak tahu nak ckp apa kalau jumpa makbapak depa, kan?
kesiannya budak2 tu...jadi mngsa..mcm mana nak tumpu prhatian pada pljaran kalau pukul 4-5 masih tak tdor lagi....aduhaiiii....susah jugak mcm ni...
Ya Allah...kesiannya lah anak =(
hmmm..nampaknya bukan kerja mudah ni..
pincang. this lately itu yg saya nampak, sampai takut rasa nak pegang tanggungjwb sbg mak (nanti)
memacam masalah budk ..kesian pun ada..mak mrk trsibuklah sgt ..
assalaumalaikum hani,
kesiannya nengok budak2 tu yg jadi mangsa keadaan...mereka tidak brsalah...harap cikgu tidaklah menghukum mereka.
jumpa mak bapak mereka..citerkan keadaannya disek...cikgu pun boleh beri nasihat kat makbapak nya.
mana tahu cakap cikgu akan di dgrnya.
kalau nak cari rezeki pun jangan anak jadik mangsa. mencik lah spesis cam ni.
Yang terlentuk2 tu kat dalam video tu Nisa' ke? kesiannyaaa...
harapnya selesai la masalah nie yer lepas nie
Sayu baca kisah budak Nisa nih. Terasa macam saya nak amik dia tolong jaga sepanjang makbapak dia meniaga. Mencari rezeki pun, berpada-pada lah.
Kalu saya dapat jaga budak yang begini, saya akan pastikan depa dapat buat kerja sekolah, mandi manda, makan minum dan sihat sebelum makbapak dia datang jemput lepas meniaga tu.
Ya Allah...terharu sangat2 bila baca story dan tengok video ni.
hakikat kehidupan. harap cikgu dapat tangani dgn baik.
juga kagum dgn kak azieazah yang prihatin begitu.
IM pun selalu mengantuk ditempat kerja sebab tidur lewat dan bangun awal untuk sediakan sahur.
Kesian...
salam teacher hani n all,
let's not judge the parents. I believe every parent would do the best for their children, they work hard so that their children would have better lives. instead let's come up with alternatives to overcome te student sleppiness..
was a teacher.
ryaha.
Salam Cikgu Hani,
Sayu hati kak ani baca coretan cikgu kali ini. Menitis air mata. Terkenang cucu yang baru darjah dua. Terbanyang kalaulah cucu kak ani duduk di tempat Nisa'.
Kesian anak sekecil itu terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh ibubapa. tapi kerana keadaan yang mendesak, begitu pulak jadinya.
Nak salahkah siapa.
salam:)
memang kasihan tgk budak yang mengantuk tu.....
Memang tak cukup tidurlah tu kan..pasti nak belajar pun terganggu..:(
Ibu dan abah,
memang tak terjaga langsung kebajikan anak2 dia tu..pakaian kotor. tak kan lah nak cuci baju sekolah pun tak sempat.
Mulutpayau,
kita cgu ni boleh nasihatkan saja tapi terpulang pada mak bapak dia lah nak berubah ke tidak
AI, memang kesian.
Gadisbunga,
jgn macam tu, kita buatlah yg terbaik untuk anak2 dan sentiasa doakan yg terbaik juga..
sal,
tu lah sibuk macam mana pun tak tau lah..
Zue, dulu pernah sekolah panggil mak bapak dia ke sekolah, nasihatkan tapi tak berubah juga.
Cik Ina,
tgok lah org lain pun cari rezeki jugak, seharian tinggal anak..ni dia org di siang hari ada kat rumah tapi kebajikan budak2 ni terabai..
Ann,
yer, nisa' lah tu..
Cikgu den,
saya pun harap begitu juga.
Aziezah,
kadang2 sikap orang melayu. hanya mengharap bantuan org lain tanpa cuba berusaha..Nisa ni byk dapat bantuan persekolahan sbb ayah nya tak mampu bayar yuran pun, tapi saya tgok pakai handphone dan hisap rokok berkepul2..cakap pun ngalahkan kita ..
kasihredha,
kita doakan nasib budak ni lebih baik di masa depan.
Cikli, apa lah daya saya ni cikli..sekadar tgok, nasihat dan terpulang lah pada keluarga dia untuk berubah.
Cikli, apa lah daya saya ni cikli..sekadar tgok, nasihat dan terpulang lah pada keluarga dia untuk berubah.
IM, akak tau IM memang dah biasa berkorban untuk keluarga..Bapak nisa ni pun boleh buat lebih baik dari itu kalau dia cuba.
Ryaha,
Memang saya salahkan makbapak dia sebab saya lihat sendiri betapa terabainya anak2 dia. Siang hari mak Nisa ada kat rumah, tapi Nisa kesekolah dgn baju tak berbasuh, tudung yg berkedut2 dan bau badan yg tak menyenangkan..kalau tanya mandi ke tidak..boleh agak jawapan dari Nisa..Saya mengajar kesemua adik beradik Nisa, mmg semua nya macam ni..terbiar.
Pn Aida,
ini lah masalah sosial bagi keluarga kurang kemampuan yg berada di bandar..nak guna pembantu bukan nya murah..Jab kebajikan masyarakat patut aware of these families.
Kunang kunang/kak Ani,
semoga nasib anak cucu kita tidak begini..dan kita doakan anak cucu org lain pun jangan lah berterusan begini..perlu perubahan.
Pn Kartini,
dia boleh tido dari pagi sampai ke loceng tamat kelas..kesian kan?
kalau bolih ajak berbincang dengan orang tuanya...ini kena buat cara :tarik benang dalam tepung: kena berhati2..sensitif ni,tapi kalau x bolih berbincang..kita doakanlah untuk dia dan ibubapa nya agar terang hati..
Post a Comment