Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 21, 2011

Tuan2 dan Puan2, Imaad nak cakap sikit ni,

Imaad dah agak dah...
Ini mesti kes raya dah dekat nih.
Atok punya lah sibuk,masa nak main dengan Imaad pun dah terhad.
Sekejap keluar, sekejap masuk dengan barangan yg baru di beli.
Persiapan untuk Aidilfitri lah tu.
Moyang juga duk cerita pasal kelebihan akhir Ramadhan.
Moyang sindir anak cucu yg kalut amat bab raya ni.
Mujur ada moyang kannn....
Nenek Imaad pula aktiviti mulut dan kaki tangan sama banyak.
Biasa lah nenek tu, makin sibuk makin pot pet pot pet.
Bibik sama naik dgn nenek, kalau kereta dah masuk gear 6 dah.
Tak per, minggu depan bila Aunty Anik balik,
nenek ada lah pembantu tambahan.
Tapi nenek cakap Aunty Anik tu bantu dokong Imaad boleh lah.
(Aunty Anik tu tak suka masuk dapur, satu malaya dah tau!)
Uncle Long dan CikFara siang2 dah cakap dia org tak boleh balik.
Nenek sedih tapi faham.
Malam tadi Imaad ke Shopping Mall dengan Mummy Imaad.
Ramai nya org kat sana, sesak!
Agaknya makin ramai pula yang dah tak ke masjid,
Daddy cakap solat terawikh tadi hanya separuh masjid jer.
Daddy dah bayar ke fitrah?
Tahun ni dah 2 orang lah tanggungan Daddy.
Aunty Anis pula Imaad tengok asyik terpacak depan almari pakaian dia tu.
Kejap cuba baju baru, kejap cuba kasut baru..Apa2 ajelah Aunty.
Uncle Chik cakap nak beli bunga api..
Macam mana lah bunga api tu, Imaad belum pernah tengok lagi.
Nenek suruh Uncle chik gunting rambut.
Itu termasuk dalam persiapan menjelang raya juga ke nek?
Opsss..baik jgn banyak soal, nenek tu kalau sibuk2 camni,
ceramah free anytime...
Hujung minggu ni suku sakat Imaad akan pulang dari perantauan.
Sah melimpahlah jalan raya dengan kenderaan.
Macam ni rupanya bila dah nak raya yer...
Nenek, kalau yer pun nak raya,
Naper lah nenek belikan songkok yg lebih saiz ni.
Tenggelam separuh kepala Imaad dalam songkok.
Ok lah, kerana nenek dah beli, Imaad pakai jugak lah.
Handsome tak cucu nenek ni?



12 comments:

Guru said...

comel betul si Imaad ni...

Ibu n Abah said...

SubhaNallah...
comelnya Imaad...
pakai songkok besar pun nampak comel...

yusofsipan said...

saaaaangatt hencem la.....

hehe

azieazah said...

IMAAAAAAAAAD!.... raya kali baju Melayu kaler aper? Samping?

Ohhh IMADDDDD...! tingin nak berjalan raya dgn Imad. Kita jalan sambil pegang-petang tangan eh? Jom larrrrr....

perjalanan pulang said...

tahun ini pasti banyak duit raya untuk kesenangan ibubapa juga

Acik Erna said...

Assalam Imad..comelnya imad..kalau cakap panjang2 pun tak pe..sukanya nya tengok imad..tak kira la pakai songkok lebih saiz pun tetap comel sangat.

Ann Huda (Ate) said...

Hensem...Imad pakai apa pun hensem (walau songkok tenggelam separuh kepala :))

Ate pun baru berkira2 nak buat N3 ttg ahli keluarga yg nak balik KL dekat raya ni.

Unknown said...

hehehe..pandai imaad berceloteh :)

Cikli said...

best main dgn cucu. kalau cicit lagi best

lina said...

salam teacher - SubanaALLAH comel nya lina rasa nak peluk....tolong peluk kan ya bagi pihak lina :)

Anonymous said...

Comelnya Imad, tak try songkok. Hencem gitu.

Anonymous said...

panjangnye celoteh Imaad nie. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...