Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 11, 2011

Tuhan tidak pernah menzalimi kita..Alhamdullilah.


Diwaktu segala harapan hampir berkubur,
Diwaktu setiap mimpi menjadi kabur,
Diwaktu putus asa dan kecewa,
Tirai kebuntuan tersingkap.
Segala persoalan terjawap,
Dan luka itu terubat.
Cukup lah semusim ku berladang duka,
Kerana janji Tuhan ku,
Fa inna ma'al 'usri yusra
Inna ma'al 'usri yusra
(Surat Insyirah 5-6)
Dalam susah ada senang
Dalam susah ada senang.
Terima kasih Tuhan,
Doa ku diperkenan.
Hari ini ku temui kedamaian jiwa.


7 comments:

sahida said...

moga Pn. Hani sentiasa dlm ketenangan..:)

makcu B said...

Benar, Tuhan tidak pernah menzalimi kita. Cobaan yang menekan berat di bahu kita telah Tuhan sukat(jitu dan padu) kerana Dia tahu kita mampu memikul bebanan itu....

Granny Hani said...

Makcu, hanya Tuhan yg tahu perasaan di dalam..kenapa dan mengapa hanya Tuhan yg tahu.Alhamdullilah.

Granny Hani said...

sahida,
TQ. begitu lah asam garam kehidupan, kadang2 tanpa di sangka2 terungkai segala persoalan dan beban di hati pun surut tanpa di duga.

insan marhaen said...

Hati kita macam ombak di muka laut. Adakalanya tenang, adakalanya bergelora.

Seperti kata mak IM, lalui hidup ini satu demi satu dengan tabah. InsyaAllah, akan temui kebahagiaan satu hari nanti.

MulutPayau said...

Hanya DIA yang Maha Mngetahui atas segala2nya.....Semoga akak sntiasa tabah mnghadapi apa jua ujian yg diberikan...Setiap yg berlaku ada hikmahnya.....

IMANSHAH said...

kadang2 tenang, kadang2 gelisah, itulah warna warni kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...