Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 18, 2011

Harta karun ini Ahmad Albab yg punya..satu untuk kau, satu untuk aku...

Siapa sangka tiba2 kami dapat harta karun.
Betul betul ni bukan cobaaaannn....
Malam tadi pencuri masuk rumah.
Bukan, dia orang tak curi apa2 pun.
Tak terusik pun segala barang dalam rumah saya.
Tapi dek terkejut agaknya, mereka lari tak cukup kaki.
Maka alkisah tertinggallah guni harta karun yg entah mereka samun dari mana.
Bila hubby selongkar, adalah sebungkus burger, nasi berlauk ayam satu bekas, 2 handset,pakaian dan yang paling seronok tengok ialah barang kemas.
BARANG KEMAS YOU!
Maunya rm ratusan ribu.
Bukan sedikit, se cupak!
Gelap mata saya dibuatnya..
Kalau ikut hati, jutawan segera lah saya hari ni.
Hubby call polis.
Mereka dtg ambil benda2 tu berdua..
Tanya itu ini pas tu balik ke balai.
Tak de black n white sebagai prove pun.
Yer ke ni..Betul ke prosidiur ni?
Tak tau, tak biasa...
Encik Polis,
Tanya sikit boleh...
Barang2 kemas tu apa kesudahan nya nanti?

17 comments:

kucingorengemok said...

kesian, lapar dia orang semalam, hihi... patutnya kena hantar balai & buat laporan kan, baru ada hitam-putih

Chik Att said...

dah la lapar ... nak call mcdonal dilevery pun tak leh... handset tertinggal ...

hani@debumelukut said...

KOG,itu lah, sekarang baru kami terfikir nak buat gitu, tapi kami nak sentuh eviden tu takut jugak, tu pasal panggil polis.

hani@debumelukut said...

chik att, hehehe..kesian kan, mereka nak pakai gelang pun kena gi ambik gelang di balai..tu lah, sapa suruh tinggal merata..

AZANI said...

kak hani
mungkin baru siarah dari jiran jiran yang berhampiran...alhamdulillah, dapat juga kembali barang barang mereka yang hilang

secangkir madu merah said...

iyalah kan.. patutnya pergi ke balai bersama barang2 tu buat report.. kalau tidak barang2 tu diorang share.. satu utk engkau dan satu utk aku... hehehehhe ALLAH saja yg maha mengetahui...

hani@debumelukut said...

Azani, itu lah harapan akak, semoga yg berhak dapat balik harta mereka

hani@debumelukut said...

SMM,
haaa...mana tau kan, satu untuk kau satu untuk aku..ok, akak tukar tajuk kepada idea SMM ni..

Marina Monroe said...

Salam, hati2lah, risau takut pencuri tuh datang balik..

hani@debumelukut said...

yer kak marina, mmg tu yg saya takot sgt nih, mana tau dia org dtg tuntut balik barang kemas tu..hubby pulak out station minggu depan..takooot nya nak duk dgn anak2 aje ni..

sal said...

xde rezki pencuri tu yee..

roshanilawatey said...

Salam sejahtera Kak Hani,
Nampaknya bukan pencuri aje tergamam lari tak cukup tanah, tp Kak Hani & Hj Din pun terkejut dengan 'harta karun' tu, sehingga tak datang ilham untuk dapatkan black n white drp polis...

Semoga Kak Hani dan keluarga dilindungi Allah. Niat yang baik serta ikhlas atas sesuatu tindakan akan sentiasa dipelihara oleh-Nya...insyaAllah.

Zaitun said...

Susah juga kalau tak ada bukti,boleh share lah nampaknya...

hani@debumelukut said...

Rosha,
Kak Hani pelik juga dgn polis tu sbb bila kita nak repot dia kata tak payah sebab bukan kita hilang apa2 pun..betul ke gitu? pas tu tak ada pun tindakan selanjutnya. yer lah, pencuri tu mesti dtg balik, tak kan polis tak ada cara dan kaedah nak memerangkap pencuri..sekurang2nya tunggu dlm rumah tu ke, apa ke..ini ambik barang2 tu dan baik ke balai senyap sepi..

hani@debumelukut said...

Rosha,
Kak Hani pelik juga dgn polis tu sbb bila kita nak repot dia kata tak payah sebab bukan kita hilang apa2 pun..betul ke gitu? pas tu tak ada pun tindakan selanjutnya. yer lah, pencuri tu mesti dtg balik, tak kan polis tak ada cara dan kaedah nak memerangkap pencuri..sekurang2nya tunggu dlm rumah tu ke, apa ke..ini ambik barang2 tu dan baik ke balai senyap sepi..

Rumah Kuning said...

susah2 pergi curi sana sini, tertinggal lah pulak. padan muka dia.... hehehe

Alff Syazwan said...

first sekali pegi report kat balai,kalau x report barang tu jd satu untuk kau n satu untuk aku,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...