Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, November 13, 2011

Sehari suntuk ukur jalan...

Macam wakil rakyat yg meninjau kawasan.
Siap bawak buah tangan itu ini.
Cuma tak buat ucapan pancing undi saja.
Makan minum tu wajib, hilai ketawa memenuhi ruang.
Seronok.
Sebenarnya ahli rombongan Cik Kiah mengganas lagi hari ni.
Bukan senang nak dapat permit lawatan dari Big Boss masing masing.
Dah terlanjur dapat tu kita orang jelajah setiap ceruk daerah.
Semua kawan2 yg naik rumah baru jadi mangsa hari ni.
Kami serang satu persatu.

Bermula dgn rumah Pn Norsihah di Kadok.


Breakfast di sini, kenyang sungguh
.



Kemudian kami ke rumah Pn Rozan yg berada berdekatan.
Cantik.


Seterusnya ke rumah Pn Adlura di Melor

Kagum dgn Ibu muda ini yg pandai hias rumah.

Cantik.

Pas tu ke rumah Pn Yap di Bachok.

Tapi rumah dia belum siap lagi.
tak siap pun tak siap lah, janji kami dah melawat.
Encik suami Pn Yap siap beli nasi bungkus untuk kami sorang satu.
TQ Yap, ni belum kenduri house warming lagi ni..

Last kami ke rumah country style Pn Sheila di Kota bharu ni aje.

Wah...Perabot antik dari Lenggong lagi you.
Kelass gitu.

Baiti Jannati.
Semoga ahli rumah baru ini dipayungi limpah bahagia.
Semoga kasih sayang terpahat di setiap penjuru.
Bingkaikan lah kenangan manis di dinding rasa.
Berpijak lah atas ambal syahdu syukur yg terbentang.
Bukalah jendela dan biarkan pahit duka terbang..
Di pintu Sang redha menghulurkan salam.
Tenang lah wahai penghuni baru didalam.
Di dalam hati mu ku ada Baiti.
Di hati mu ku harap ku temui jannati.

15 comments:

Marina Monroe said...

Salam, cantik2lah rumah kawan2 yg dilawati tuh..hebat2
Alhamdulillah..

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah...
Selamat melawat daerah YB...
Yang Berhormat/Berbahagia juga Cikgu Hani....

Kamariah Awang said...

Silaturahim.... Tahniah.

che mid said...

Rumah cantik tanda murah rezeki sahabat Hani. Yang bertandang mendoakan kesejahteraan penghuni... rezeki juga tu..

Pia said...

"alhamdulillah..semuanya rumah cantik2 dan besar2 belaka..."

Acik Erna said...

Assalam hani..cantik2nya rumah..bahagia la penghuninya mendapat rumah idaman..

ieja amieja said...

seronok ye dpt melawat..eratkan silaturahim..sume rumah cantik2 belaka2..kene sungguh ngan sajak cikgu tu..

al-lavendari said...

skan sungguh .. sampai rumah belum siap pun dilawati.

pB said...

Wahhhh


Orghe Orghe Klatae lonni kayo kayo


tengok ghumoh , pun gerun ....
lawa lawa

ibundo said...

tetamu datang membawa rezki. Alhamdulillah....

pena rozie said...

Tahniah....

Zaitun said...

Cantik dan besar rumah2nya semoga penghuninya juga bahagia.

munna said...

cantik rumah baru kawan kak hani...munna ntah bila dpt rumah sendiri

wahida said...

cantik2nya rumah....

MULAN said...

seronooook nyaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...