Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 15, 2012

Berkawan biar lah tak beribu pun......

Saya ada lah juga terima salam perkenalan dari orang2 yang saya tak kenali di alam cyber ni.Tidak mau berburuk sangka, saya terima saja lah.
Apa salahnya menambah teman kan.
Salah.
Perkara bodoh yg saya lakukan ialah tidak usul periksa.
Saya anggap hati orang macam hati saya.
Ikhlas.
Sekadar berkawan, kongsi cerita dan pengalaman hidup.
Tidak, tidak macam tu rupanya.
Dah bertukar biodata tu, berkenalan melalui foto.
Dah tu mulalah bercerita pasal peribadi.
Mulalah nak jumpa di alam nyata.
Bila dah jumpa tu lain pulak cerita nya.
Jangan salah faham, ni kawan sama jantina ni..
Itu pasal lah saya rasa selesa pada mulanya.
Dari menumpang di rumah saya setiap kali ke daerah saya,
dia mula bawa kawan2 pula.
Terkejut saya tgok perangai kawan2 dia tu.
Perangai dia pun tak menyenangkan saya.
Pakaian tok sah cerita lah, macam orang muda2.
Siap ada org lelaki ambik dari rumah saya dan hantar tgh2 malam.
Tak selesa sungguh.
Sah lah dia tidak menghormati saya sebagai kawan.
Dia ambil kesempatan atas keikhlasan saya.
Adoii...Kalau saya masih benarkan mereka menumpang juga di rumah saya,
Harus mengamuk lah hubby saya.
Dah tu yang terkini pula,dia minta pinjam duit.
Nak jadikan saya rakan kongsi perniagaan.
Maaf, saya tak minat niaga2 nih.
Saya dah rasa macam diri saya di pergunakan dah ni..
Tak sedap hati lah saya, dia turun naik dari Singapore ke KL ulang2
Niaga apa entah.
Baik saya back off.
Tak apa lah tak de kawan macam dia pun.
Ramai lagi kawan saya yg lain.
Salah siapa?
Salah sayalah terlalu mudah dipergunakan.

7 comments:

DrSam said...

Satu pengalaman yang baik dan patut diambil iktibar. Kebaikan selalu disalah ertikan. Prinsip berkawan saya salah satunya : Kita yang memilih kawan (pilihan di tangan kita) Kawan baik, baik lah kita. Kawan tak baik, biasanya terikut sama juga.

al-lavendari said...

ini kes berat .. saya juga pernah terkena .. orang yg baru dikenali saya beri pinjam RM10 ribu setelah saya diasaknya bertalu2 .. sekarang usahkan nak bayar, batang hidung pun tak nampak.

salah siapa ? salah saya sebab terlalu cepat kasihan dan percayakan orang.

C'Jai said...

Hati kak di lain masa..jadikan ini sbg pengajaran.. ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

azieazah said...

Baca pun risau. Sebab dah ler taktau dia meniaga apa. Pastu siap nak pinjam duit plak.

Nanti takut, kita plak yang kuda hitam ker, kaldai hitam ker.. uishh minta simpang!

Anonymous said...

kena berhati-hati dalam berkawan ni. bukan semua orang jujur dengan kita. kawan baik pun bolih tikam dari belakang....

Encik NoRT said...

kawan.... susahnya dapat yg mcm tu..kdg2 kita ikhlas pon...diaorg tak pnah nak hargai...

Acik Erna said...

alhamdulillah hani dah menyedarinya sebelum terlibat lebih jauh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...