Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 26, 2012

Mereka ni kadang kadang buat kita pening kepala..tapi sentiasa buat kita bahagia

Kilang yang sama dan acuan pun sama.
Tapi hasil pengeluaran lain lain.
Nak letak kesalahan atas siapa?
Tak salah pun...
Lebih baik begitu.
Dari nafas yg pertama,
Kami didik, asuh, ajar menggunakan pendekatan yang sama
Kalau mereka berjaya kami bagi ganjaran yang sama
Kalau gagal, kami hukum dengan hukuman yang sama.
Zat dan Vitamin yang membesarkan mereka pun dari
makanan halal yg serupa. 
Tapi seperti pokok di taman,
tumbuh berbagai tumbuhan yang menyerikan nya.
MENYERIKAN...bukan 'MENGERIKAN' maksud saya jelas tu.
Kadang kadang tu mengerikan jugak lah.
Walau mereka berlainan saya menerima mereka seada nya.
Amanah buat saya.
Masa depan saya juga.
Biarlah anak orang lain lebih segala gala nya dari anak saya,
saya tidak kesal dan tak mahu tukar suka sama suka.
Saya tetap merasakan,
mereka adalah yg terbaik buat saya.

3 comments:

yusofsipan said...

lima orang je ke.....

Ibu n Abah said...

Nak copy paste ayat2 cikgu..
best...
acuan sama dah..
tapi lain perangai..
biarlah anak orang lain tu dengan kejayaan masing2.. tapi kita sebagai ibu bapa, kita yang kenal anak kita macamana... Kan cikgu???

Unknown said...

tiada tukar ganti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...