Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 23, 2012

Cerita pasal anak

Dia anak saya yg ke empat.
Dari kecik lagi dah terkenal bab 'mulut'
Murai pun tabik dgn dia ni.
Segala benda yg dia tengok mesti dia buat ulasan selari .
Nak dijadikan cerita, sewaktu usia dia dlm lingkungan 5-6 tahun dulu,kami bawak dia ke rumah seorang teman yang buat 'house warming'
Sewaktu dlm perjalanan ke sana saya dah warning dah,
mulut tu jaga, kelakuan pun jaga.
Dia angguk tapi hati saya tetap cuak.
Kawan saya menyambut kedatangan kami.
Cantik sungguh ruang tamu kawan saya ni,
Risau jugak saya kot tersinggung kristal mahal2 yg tersusun tu.
Saya tgok anak saya ok jer duduk sopan sebelah saya.
Sedang rancak berbual tu tiba2 saya perasan dia dah hilang.
Aduhhh..Kemana pulak anak saya merayau ni?
Saya risau betul tapi tuan rumah yg tak tau lagi perangai anak saya tu cool aje.
Takper, budak2, biarlah dia explore..budak cerdik tu ,curious.
Tak terubat hati saya walau tuan rumah cakap begitu.
Tuan rumah tak kenal anak saya, saya lebih dari kenal.
Tak lama selepas itu saya tau dia kemana.
"Mummy, you should see their bedroom..KUBE LANA"
Kube lana tu bahasa org kelantan bermaksud bersepah tahap gaban.
Butang mata dia beria ia membuktikan yg dia tak menipu.
Opsss........Rasa nak sumbat mulut anak saya tu.
Agak nya tuan rumah pun rasa nak buat macam tu jugak.
Kering darah saya dan berbuih agak nya darah tuan rumah.
Iffah,
JOM BALIK!

( Iffah dah berusia 16 tahun dah. Sedang belajar di Sekolah Asrama Penuh di Cyberjaya. Kalau dia balik bercuti, berbakul lah cerita yg dia bawa pulang....)

4 comments:

nina said...

oops! perkataan baru saya belayar kube lana. bertepatan dengan keadaan semasa rumah saya.
anak nombor 4 saya pun serupa dan masih dalam linkungan 5-6 tahun, naif, jujur dan mudah teruja.
saya pun keheranan. kenapa agaknya begitu sedangkan ahli keluarga yang lain semua dalam kategori berat mulut.

Ibu n Abah said...

Tumpang gelak....
Mmg tulus dan tak da niat yg tak baik...
Cuma sekadar memberitahu....

secangkir madu merah said...

hehehehe.. budak2 sgt jujur.. saya pun ada anak seperti ini, dia lelaki tapi sekarang sudah berusia 21 thun... klu dulu masa dia kecik2 mmg takut bawa dia ni kemana2 sbb takutkan mulut dia yg cepat saja mengeluarkan perkataan tanpa peduli dimana atau siapa... mmg haru...

KakNi said...

Kak Hani, tuan umah tu oghe kelate jugak ko? kalau bkn org kelantan maybe dia tak paham kot... heheheh... budak2 mmg camtu kan, dia org ikhlas... hahahah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...