Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 31, 2012

Projek saya bermula hari ni.

Saya nak buat 'Scrapbook.'
Saya tengok seorang kawan saya dah buat scrapbook yg sangat hebat.
Bila orang lain buat, saya mula lah nak meniru.
Hari ni nak mula kumpul bahan.
(Sayang sekali dah banyak bahan yg x ada dalam simpanan)
Banyak kerja ni, dah la sibuk di bulan2 mulia ni.
Takpa, tak ada tarikh tutup scrapbook saya ni.
Lepas raya nanti pun tak per.
Nanti kalau siap saya nak share kat sini.
Ops, tajuk?
Rahsia.
Wait n see.

Monday, July 30, 2012

Rasa2 tak siapa tau ni...

Kalau tuan mahu menanam,
mana benih mana buah nya.
Kalau tuan puan boleh cam,
mana satu agak nya saya.

Sorong papan tarik papan
buah perah buah semangka.
Rambut pendek potong di depan
berkulit cerah, wajah mencuka

Foto semasa saya berada di darjah satu....

Mintak pen dan kertas.

10
Cepat sungguh.
Dah satu pertiga Ramadhan dah ni.
Mula terasa lebat senarai dalam kepala.
Senarai perlu buat,
akan buat,
dan mesti buat.
Senarai wajib dan senarai sunat.
Harap2 badan sihat dan sakit tumit berkurangan.
Semoga dapat menghayun langkah dgn gagah.
Nak raya macam nak pergi berperang.
Siapkan segala kelengkapan.
Penat tau.
Mau tak nya,
Segalanya atas batu jemala patek ni lah.
Segalanya kecuali bendahari.
Bendahari jangan lupa buat senarai tu.
Senarai perlu bayar
akan bayar
dan mesti bayar.
Bayaran wajib dan bayaran sunat.
Baru adil kannn
Jangan buat buat lupa dah.


Sunday, July 29, 2012

Ahad itu Sunday

Sunday itu tanda kena bangun pagi dan pergi kerja bagi warga Kelantan.
Aduyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Malas ke wak?
Tak lah....
Mana boleh malas, baru ni dapat tunggakan bagi yang dapat, saya tak dapat.
Esuk2 dapat bonus mewah bagi yg gaji banyak, gaji saya tak banyak.
Maklum lah kuli gomen jer.
Pekerja bawahan.
Dulu mak suruh ngaji tinggi2 tak nak, malas.
Cepat nar nak kawin.
Dah tu nak komplen.
Puasa puasa ni lebih baik diam dari berkata kata.
Ok. Zip mulut!

Saturday, July 28, 2012

Apa susah?

Tak ada tempat bergantung?
Dahan rambutan ada.
Palang pintu ada.
Apa susah, Tuhan ada.

Tak ada tempat mengadu?
Aduan Rakyat ada.
TV3 ada
Alahh tak de masaalah langsung,..Tuhan kan ada.
Tuhan sentiasa ada.


Friday, July 27, 2012

Puas pikir nak tulis pasal apa hari ni.....

Tak nak tulis pasal makan makan
Biar chef aje yang cerita
Tak nak cerita pasal dosa pahala
Biar ustaz saja yg ulas
Tak nak cerita pasal orang lain
Tak baik ngumpat di bulan puasa nih
Tak nak ulas isu politik,
Tak reti.
Tak nak luah rasa dan gelora jiwa,
Buat apa buka pekung di dada.
Tak nak komplen pasal kerja
Boss kadang2 bukak juga blog saya...Bahaya tu.
Jadinya saya nak buat N3 pasal apa di hari Jumaat ni?
Pasal kucing saya lah.
Ok, pasal kucing saya yang terkurung dalam kandang
Hanya mata yg terlepas.
Belum mandi lagi tu.
Mandi air panas. pantang air sejuk.
 SiTiger dan Sidebu  ni makin kuat makan.
Tau nak makan jer kerja mereka.
Semakin gemuk dan tak reti duk diam..
Wait, Jap...Ni cerita psal kucing ke pasal saya?
Serupa lah..I terasa you!.
Yer lah, tuan kucing dgn kucing pun 2x5 saja...

Thursday, July 26, 2012

Mereka ni kadang kadang buat kita pening kepala..tapi sentiasa buat kita bahagia

Kilang yang sama dan acuan pun sama.
Tapi hasil pengeluaran lain lain.
Nak letak kesalahan atas siapa?
Tak salah pun...
Lebih baik begitu.
Dari nafas yg pertama,
Kami didik, asuh, ajar menggunakan pendekatan yang sama
Kalau mereka berjaya kami bagi ganjaran yang sama
Kalau gagal, kami hukum dengan hukuman yang sama.
Zat dan Vitamin yang membesarkan mereka pun dari
makanan halal yg serupa. 
Tapi seperti pokok di taman,
tumbuh berbagai tumbuhan yang menyerikan nya.
MENYERIKAN...bukan 'MENGERIKAN' maksud saya jelas tu.
Kadang kadang tu mengerikan jugak lah.
Walau mereka berlainan saya menerima mereka seada nya.
Amanah buat saya.
Masa depan saya juga.
Biarlah anak orang lain lebih segala gala nya dari anak saya,
saya tidak kesal dan tak mahu tukar suka sama suka.
Saya tetap merasakan,
mereka adalah yg terbaik buat saya.

Wednesday, July 25, 2012

Setiap kali Ramadhan..

Setiap kali berbuka dengan minuman pelbagai jenis dan rasa, 
saya terbayangkan mereka yang berbuka dengan air kosong semata..

Setiap kali hidangan lauk pauk penuh merambangkan mata ,
saya bayangkan apa kah pilihan yg ada bagi yg fakir dan sengsara
.
Setiap kali riuh berkumpul dgn keluarga waktu berbuka puasa,
saya terbayangkan sepinya bila berbuka tanpa teman atau saudara.

Setiap kali solat Terawikh berjemaah samaada di masjid atau pun di rumah,
Saya bayangkan macam mana lah bagi yg uzur dan tidak berkesempatan.

Setiap kali saya menghulurkan zakat dan sedekah
Terlintas di hati saya apa rasa nya kalau saya lah tangan yang menadah.

Setiap kali membeli belah untuk keperluan raya keluarga,
Terdetik jugak persoalan,
meriahkah raya bagi yang terpisah dari orang2 yg disayangi nya?

Setiap kali Ramadhan,
saya terbayangkan kesusahan yang belum pernah saya rasai
Saya terkenangkan kepayahan yg tidak pernah saya lalui.
 
Susah saya pun masih ramai yang lebih susah,
Payah saya pun lebih ramai yg lebih payah.
Setiap kali saya merasa keluh kesah,
saya urut dada dan ajar diri untuk,
lebih redha.

Ramadhan seringkali memancing air mata keinsafan.
Syukur Alhamdullilah.


.

Tuesday, July 24, 2012

Sabarrr...Bulan baik ni kena byk bersabar.

Sombong itu menjengkelkan.
Amat menjengkelkan.
Sombong
Sombong
Sombong
Sombong
Tak suka lah bila orang berlagak sombong dengan saya.

Saya cukup terasa terhina,bila awak pandang saya sebelah mata.
Melainkan kalau mata  awak yg sebelah lagi tu rabun.
Itu out of question lah kannnn.......
Saya pun pandai jadi sombong tau.
Jauh lebih sombong dari awak.
Wait n See.

Monday, July 23, 2012

Cerita pasal anak

Dia anak saya yg ke empat.
Dari kecik lagi dah terkenal bab 'mulut'
Murai pun tabik dgn dia ni.
Segala benda yg dia tengok mesti dia buat ulasan selari .
Nak dijadikan cerita, sewaktu usia dia dlm lingkungan 5-6 tahun dulu,kami bawak dia ke rumah seorang teman yang buat 'house warming'
Sewaktu dlm perjalanan ke sana saya dah warning dah,
mulut tu jaga, kelakuan pun jaga.
Dia angguk tapi hati saya tetap cuak.
Kawan saya menyambut kedatangan kami.
Cantik sungguh ruang tamu kawan saya ni,
Risau jugak saya kot tersinggung kristal mahal2 yg tersusun tu.
Saya tgok anak saya ok jer duduk sopan sebelah saya.
Sedang rancak berbual tu tiba2 saya perasan dia dah hilang.
Aduhhh..Kemana pulak anak saya merayau ni?
Saya risau betul tapi tuan rumah yg tak tau lagi perangai anak saya tu cool aje.
Takper, budak2, biarlah dia explore..budak cerdik tu ,curious.
Tak terubat hati saya walau tuan rumah cakap begitu.
Tuan rumah tak kenal anak saya, saya lebih dari kenal.
Tak lama selepas itu saya tau dia kemana.
"Mummy, you should see their bedroom..KUBE LANA"
Kube lana tu bahasa org kelantan bermaksud bersepah tahap gaban.
Butang mata dia beria ia membuktikan yg dia tak menipu.
Opsss........Rasa nak sumbat mulut anak saya tu.
Agak nya tuan rumah pun rasa nak buat macam tu jugak.
Kering darah saya dan berbuih agak nya darah tuan rumah.
Iffah,
JOM BALIK!

( Iffah dah berusia 16 tahun dah. Sedang belajar di Sekolah Asrama Penuh di Cyberjaya. Kalau dia balik bercuti, berbakul lah cerita yg dia bawa pulang....)

Sunday, July 22, 2012

Mak masak, kami makan....mak suka,kami lagi suka.

5 minit lagi nak berbuka puasa.
Hari pertama puasa semua orang excited.
Mak mertua saya paling excited.
Dia sebenarnya duk sorang2 kat kampung.
Sepinya hati se orang tua di waktu2begini.
Itu pasal lah,
kami pakat balik berbuka bersama dia.
Ini baru satu pertiga dari semua anak cucu cicit dia.
Kalau semua balik, penuh ruang lah.
Mak cakap, dia amat bersyukur.
Dalam usia nya yg menjangkau 70an itu,
berpeluang lagi berbuka dengan cicit.
InsyaAllah, Kami doakan Mak panjang umur.
Senyiuuuum.......  mak petang semalam.
Bukan payah mana pun ambik hati orang tua kan?

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan ini amat bermakna

N3 lepas sahur yg pertama bagi Ramadhan kali ni.
Tak tau nak type apa sebab kepala masih kosong..
Nak tidor pun subuh dah dekat.
Hari ni cuti hujung minggu.
Lepas subuh boleh lah tidor.
Shukur saya masih di beri peluang oleh Dia,
mngerjakan ibadah puasa di bulan mulia ini.
Malam tadi solat terawikh di rumah saja.
Atas sebab2 tertentu rasa2nya sepanjang Ramadhan ni,
saya hanya akan bersolat terawikh di rumah..
Jangan tanya kenapa, tapi saya rasa itu yang terbaik buat saya.
Amat bersyukur kerana masih boleh berjamaah walau pun di rumah sendiri.
Entah lah, hati saya sikit terganggu kalau saya fikir fikirkan. 
Adakah ini Ramadhan terakhir buat ku?
Adakah Ramadhan seterusnya saya tidak lagi di sini, di dalam keadaan ini dan bersama orang2 ini?
Hari pertama Ramadhan ini membuatkan hati saya teramat sayu.
Azan Subuh bergema......Jom solat dulu.. 

Friday, July 20, 2012

Dengar guruh di langit, setakat curah air di tempayan tak kisah lah,ini.......

Kelmarin,
Mamat mana tah yang sebarkan khabar angin.
Katanya dapat gaji hari Khamis sebelum puasa.
Punya lah happy...
Saya yang pantang dengar pasal gaji ni,
rasa nak melompat lompat...
Apa tidak nya,
poket yg separa penuh akan terisi lagi.
Awal dari biasa pulak tu.
Agaknya sebab menyambut puasa kot.
Jeng..Jeng..Jeng...
Apa lagi,dah esuk lusa nak terima gaji awal,
Saya berbelanja sakan lah.
maklumlah nak hapus kira baki yg masih ada.
Tambah2 byk yang nak di beli utk persediaan menyambut Ramadhan ni.
Khamis dah tiba,
Mana gaji nya?
gaji tak nampak bayang pun..
Poket dah menangis dah,
saya nak meraung rasa nya.
This is a nightmare...
Aduhhhhhhh....
I  just wanna kill that 'Mamat'.
Jadinya macam mana nak teruskan hidup?
Hari ni,
sebelum ke sekolah,anak tadah tangan kat papa minta duit,
Mummy pun tadah tangan minta belas ehsan juga....
4 hari seterusnya pun terpaksa tadah tangan.
Akhir kalam,
Janganlah gurau pasal hari gaji, cian kat saya tau.

Thursday, July 19, 2012

Bila cerita kita hampir ke penghujung nya, atau mungkin sudah lama berada di penghujung...

Kalau seperti gunting memotong tali,
tak lah sepayah ini.
Untuk memutuskan ikatan adalah hampir mustahil.
tambah tambah bila ikatan itu tersimpul rapi.
Bukan sekejap dan bukan hanya dua tali
tapi tali yg berakar umbi.
Berbelit belit dan saling bersimpul.
Tetapi kadang kadang bila sudah tak sanggup untuk bertahan,
Makin di jeruk rasa, makin jadi pekasam.
Mual dan meloyakan.
Kalau lah boleh di putuskan semudah memotong benang.
Sudah lama yang satu hala menjadi dua.
Bukan senang berpatah arang.
Hitamnya tercalit di muka
Kotornya menjadi bahan ketawa.
Yang bertepuk tangan riuh bersorakan.
Yang menahan sendu pilu,
Rebah berseorangan.
Bagaimana payah sekali pun,
perlu di selesaikan juga kerana
gunting sudah di tangan dan
kita sudah tiba di garisan penamat.
Riben sudah tersedia untuk di potong saja..


Wednesday, July 18, 2012

Tanda Ramadhan dah dekat...


Saja nak kongsi apa yang saya lihat setiap kali menjelang Ramadhan.
Di daerah lain saya tak tau, tapi ini yang berlaku di daerah saya.
Bila bulan Syaaban mula berakhir dan Ramadhan akan menjelma..
-Kedai menjual bahan buat biskut raya jadi tumpuan. Penuh kedai dgn pelanggan..Kedai sarat dgn barang, nak surung kaki pun payah.
 Peniaga kek dan biskut dah mula beroperasi.Kalau saya nak cari sekilo tepung tak yah menyemak kat situ, tak di layan kita nya.Cari jer kat kedai runcit.
Berselerak sempel biskut raya atas meja bilik guru.Kat blog dan fbook pun, iklan biskut merata..Kiri kanan senyuman dari kawan2 yg nak promote biskut dan kek.Senyum ada makna tu...
-Kedai perabut mula buat promosi..Ada saja kertas bergambar perabut dalam Pos box. Kedai karpet pun sama..Kedai cat pun laku jugak.Kedai lampu dah keluarkan lampu lip lap lip lap dah..
-Tukang jahit dah sombong benar...Siap tulis besar2 kat pintu " Tidak menerima tempahan baru"
Siang malam lah goyang kaki Si penjahit tu..Opss, sekarang dah guna letrik, tak goyang kaki lagi yer.
-Masjid dan surau mulalah buat gotong royong.
Masjid berseri2, kawasan surau pun dah nampak lapang untuk memudahkan parking kereta.
Meriahlah malam2 Ramadhan nanti.
-Bapak2 dah garu kepala dan buku bank acap di semak.Mengharapkan belas simpati dari kerajaan jugak..Bonus ada ke ni wei?
-Ibu2 cari gali segala resipi yg berkubur dalam kabinet.Sessi bertukar tukar resipi rancak berjalan tanpa jadual. Koleksi saja, bukan nak buat pun. Sudah nya kuih tunjuk kat gerai jugak...
-Kaum hawa mulalah membeli telekung baru atau paling tidak cuci aje telekung yg memang di simpan untuk kegunaan di bulan puasa. Tak kurang juga yg beli telekung untuk di hadiahkan sebagai hadiah menyambut Ramadhan.
-Depan rumah saya dah mula ada orang dirikan gerai. Setiap tahun pasar Ramadhan di Jalan Telipot ni meriah. Saya pengunjung tetap.(Baik ngaku.)
- Akhir sekali, semestinya dia ni, Lelaki pujaan ramai ni datang melawat saya bila dah nak Ramadhan.....
Yusuf Touyubbbbbbbbbbbb..............

Tuesday, July 17, 2012

Gaya bebas 2 hero Malaya.

Tidur lah wahai cucu, buah hati pengarang jantung.
Nyenyak dan damai...
Bebas dari kekusutan dalam fikiran.
Tenang..Let him sleep.
Shyyy......!


Atuk pun pantang jumpa kerusi.
Zzzzzz............
Siap ada sound effect lagi.
(KRU pun tak tau nak buat sound effect secanggih tu)
Bezanya di minda Atuk byk yg berlegar.
Walau mata pejam bersusun agenda dalam benak fikiran.
Let the lion sleeps tonite, every night...
Shyyy...Kalau dia tau saya pos foto dia dalam posisi tak manco ni,
Mau nyer bonus raya tahun ni kena potong.
Shyyyyyyyyyy...............Please, jgn bising2 k.

Monday, July 16, 2012

Siapa suruh?

Kena ingat.
1. Jangan pakai T-shirt besar,pudar dan sedikit berlubang (air-cond) tapi pakai yg baru, yg berjenama tu.
2. Jgn pakai seluar track yg rosak zip di kaki dan line tepi koyak rabak tapi pakai leggings atau tailored pants.
3. Jgn pakai selipar getah hitam yg jugak lebih saiz tapi pakai kasut reebok., siap berstokin.
4. Jgn pakai serkup kepala style 80an tu tapi pakai tudung chiffon berlapis2 gitu.
5.Jgn rajin sangat nak cabut rumput depan pagar, duk diam2 atas kerusi taman dan jadi tok mandur saja. Kerja bibik biar bibik saja yg buat..Ingat tu!
Kalau tak beringat ingat, ini jadi nya.
Sedap2 duk keluarkan peluh tanpa berbayar, ada lah mamat bertuah ni lalu depan rumah.
"Bik, majikan kamu ada kat rumah tak?"
Apa bibik bibik?
Aku ketuk kat dahi kamu dgn gunting pokok ni, 4 hari pun belum tentu hilang benjol tu...
Mulut ada insyuran tak?
Budak jurujual ni memang nak kena ...

Sunday, July 15, 2012

Berkawan biar lah tak beribu pun......

Saya ada lah juga terima salam perkenalan dari orang2 yang saya tak kenali di alam cyber ni.Tidak mau berburuk sangka, saya terima saja lah.
Apa salahnya menambah teman kan.
Salah.
Perkara bodoh yg saya lakukan ialah tidak usul periksa.
Saya anggap hati orang macam hati saya.
Ikhlas.
Sekadar berkawan, kongsi cerita dan pengalaman hidup.
Tidak, tidak macam tu rupanya.
Dah bertukar biodata tu, berkenalan melalui foto.
Dah tu mulalah bercerita pasal peribadi.
Mulalah nak jumpa di alam nyata.
Bila dah jumpa tu lain pulak cerita nya.
Jangan salah faham, ni kawan sama jantina ni..
Itu pasal lah saya rasa selesa pada mulanya.
Dari menumpang di rumah saya setiap kali ke daerah saya,
dia mula bawa kawan2 pula.
Terkejut saya tgok perangai kawan2 dia tu.
Perangai dia pun tak menyenangkan saya.
Pakaian tok sah cerita lah, macam orang muda2.
Siap ada org lelaki ambik dari rumah saya dan hantar tgh2 malam.
Tak selesa sungguh.
Sah lah dia tidak menghormati saya sebagai kawan.
Dia ambil kesempatan atas keikhlasan saya.
Adoii...Kalau saya masih benarkan mereka menumpang juga di rumah saya,
Harus mengamuk lah hubby saya.
Dah tu yang terkini pula,dia minta pinjam duit.
Nak jadikan saya rakan kongsi perniagaan.
Maaf, saya tak minat niaga2 nih.
Saya dah rasa macam diri saya di pergunakan dah ni..
Tak sedap hati lah saya, dia turun naik dari Singapore ke KL ulang2
Niaga apa entah.
Baik saya back off.
Tak apa lah tak de kawan macam dia pun.
Ramai lagi kawan saya yg lain.
Salah siapa?
Salah sayalah terlalu mudah dipergunakan.

Friday, July 13, 2012

Ada ketikanya aku mau waktu berhenti.

Sepatutnya waktu berhenti.
Di kala hati bersulam cinta.
Sewaktu rindu menyapa
Ketika diri di hargai dan di ambil peduli
Masa masa begini tidak lama.
Sekejap saja hadir nya.
Sementara saja.
Bila berada di ruang sepi,
aku berpaling ke belakang,
merindui hari semalam.
Menjejaki kenangan.
Hati menangis.
Jiwa kekosongan.
Jika esuk hati berbunga lagi,
aku mau waktu itu berhenti.

Thursday, July 12, 2012

Kadang kadang nasi yg nak di suap ke mulut pun boleh jatuh dari tangan..

Saya tidak pilih untuk mungkir janji.
Itu pasal lah saya tak suka berjanji.
Tapi ada kala saya tak boleh elak dari menjadi mungkir.
Minggu ni saya pasang niat untuk menziarahi anak cucu di Kl.
Kebetulan khamis ni sekolah saya cuti peristiwa.
Balik dari sekolah semalam, saya buat persiapan.
Macam biasa lah, bawa 1001 makanan dan keperluan anak cucu.
Dan anak2 pun dah siap order 1001 macam benda dari rumah.
Tiba2 malam tadi hubby cakap tak boleh teruskan plan.
Dia ada hal penting jumaat ni.
Haah? Habis, ternanti nanti lah anak saya kat asrama tu..
Nak buat macam mana ni?
Nak tak nak, give her a call and tell her I am sorry dear.
Tak de rezeki u all lah.
 Itu lah, kita hanya merancang, Tuhan yg tentukan
Tuhan yg tahu kenapa dan mengapa Dia tetapkan begini.
Kita redha saja dengan ketentuan Dia.
Pas tu segala makanan yg dah penuh bonet kereta ni?
Tak de masaalah....
Tak de masaalah langsung.

Wednesday, July 11, 2012

Pengertian Sukan bagi seorang kaki bangku.

Saya lah kaki bangku itu..
Siapa lagi.
Saya suka tengok orang aktif bersukan.
Tapi saya ni dari kecik sampai ke la ni tak pernah berpeluang untuk ambil bahagian dalam apa jenis sukan pun.
Tak pandai, tak berbakat.
Bersukan bukan kelebihan saya.
Setiap kali tiba musim sukan sekolah waktu zaman persekolahan dulu,,
saya hanya lah seorang dari beberapa org senasib dengan saya, yg pikul watak pak pacak.
Tengok dan tepuk..
Piala? Pingat? Peluh?
Bukan untuk saya.
Saya kadang tu di suruh oleh cikgu jadi 'Si Pembawa air minuman'.
Si Penghidang kueh untuk dif / VIP.
Memang makan minum ni sinonim dengan saya dari dulu lagi.
Sekarang dah jadi cikgu pun saya masih di bahagian persegaran Pegawai / Dif / VIP.
AJK Persegaran.
Sukan rancak di padang saya rancak menghidang.
Sukan - Makan.
Sukan - Jamuan
Sukan - Menghidang.
Hari ni Sukan Tahunan di sekolah saya.
Cer teka saya di lantik sebagai AJK bahagian apa..
Kaki bangku ni sampai pencen lah macam ni.


Tuesday, July 10, 2012

Bukan lah Jentayu itu..

 Aku bukan lah Jentayu itu.
Aku lah burung yg di cipta oleh 'Aku lah Jentayu itu'.
Aku hanya Maskot sukan 
Maaaaakan Budakkkkk...!
Ei, menakutkan!

Ini lah Jentayu itu,
yang sedang nak cekik burung tiruan tu.
Naper lah Burung ni tak cute macam 'Aku lah Jentayu itu'?
Loya ke? Kalau loya, sila abaikan ayat terakhir tu.





Monday, July 9, 2012

Bibik ni buat saya mau nangis jer..Huhuhuhuhuu...!

Bibik nih buat kerongkong saya tersumbat.
Sabar jer lah Bik.
Bibik cakap,
Durian di kampung dia byk lah jugak.
Tapi hanya untuk di jual.
Tak boleh makan.
Rugi.
Kalau jual dapat beli ikan.
Beli gula, beli tepung.
Kalau setakat dia cerita yang dia makan daging setahun sekali masa raya korban tu saya fham lah.
Ini buah dari pohon sendiri.
Dia siap ajar anak dia supaya tak suka durian.
Durian busuk, nanti sakit perut dan kalau makan jugak besar nanti rabun mata.
Ada ke macam tu...
Bibik, kamu makan jer lah durian tu semau kamu.
Kalau musim durian di sini memang bibik meriah makan durian.
Tadi dia kopek durian dan makan sorang sorang..
Tapi saya tgok dia lap mata dia berkali kali.
Apa pasal pulak ko ni Bik?
"Sayaa teringatkan anak saya buk, ngak bisa makan buah ini"
Huhuhuhuhuuu..
Ko ni satu lah Bik, tak pasal pasal ko buat ibuk nangis nih.

Sunday, July 8, 2012

Dari pagi tak makan apa apa.

Nasi lemak -Sedap
Mee goreng basah-Sedap.
Burger-sedap
Pizza-Sedap.
Roti Canai - Sedap.
Biskut tawar pun sedap.
Saya lapar, belum makan.
Semuanya sedap kalau dah lapar.
Kata perpatah cina..
"Hunger is the best sauce"

Saturday, July 7, 2012

Macam lah di hari lain kaki tangan berkunci dan berantai...

Hari yang paling awak rasa happy tu bila?
Hari ni hari 'Happy' saya'.
Happy Happy Happy.
Kenapa happy?
Sebab weekend.
Hujung minggu.
Hari ni hari saya boleh buat apa saya suka
Tido di siang hari. ke, window shopping ke, ngadap laptop seharian ke, makan2 ke, jumpa teman2 ke....
Eh, bukan ke di hari lain pun itu aja yang saya selalu buat?
Yer tak yer.
Apa apa pun tetap,
Ya Be Da Be Duuuuuuuuu,,,,!

Friday, July 6, 2012

Biarkan saya terus menjadi saya.

Tengok orang menabung rasa nak berjimat cermat jugak.
Orang duk bilang harta bertimbun, kita ni hujung bulan poket kering.
Tengok orang jaga makan, rasa nak berdiet jugak.
Orang tak sakit tumit dan pakai apa pun lawa, kita dah la guni beras, pickup pun kurang...
Tengok orang aktif berpersatuan, join macam2 kelab..
Kita ada kala rasa nak lebih out going jugak.
Orang nampak yakin jer bila in limelight, kita asyik duk nyorok belakang tabir.
Tengok orang jadi popular,selebriti, rasa nak juga jadi heroin filem.
Orang masuk paper hari2 kita sibuk dgn keluarga nak baca paper pun tak sempat.
Tengok orang bertuah, di payungi kasih sayang yang berlebihan,
Kita pun nak juga macam tu..Nak juga ada yang rindu.
Orang bahagia sentiasa, kita ni ada saja dugaan hidup yg melanda.
Saya suka tengok gelagat orang tapi kalau di beri peluang,
tak nak lah saya jadi orang lain.
Untung nasib saya walau tak sehebat orang lain,
saya redha dan syukur.
Alhamdullilah saya bahagia begini.
Mujur jadi manusia.
Kalau jadi monyet?
Tak ke penat bergayut jer kerja nya.

Wednesday, July 4, 2012

Hobi saya mengumpul...

Zaman sekolah dulu cikgu kata setiap orang mesti ada hobi.
Masa tu saya cakap kat cikgu yang hobi saya mengumpul setem.
Tak minat mana kumpul setem, tapi dah kawan2 semua cakap macam tu.
Sekarang dah tua2 ni, hobi saya mengumpul juga.
Saya kumpul buku masakan.
Buku aje yg memasak, saya beli masakan dari kedai.



















 Saya kumpul tasbih pemberian kawan2/sedara2 yg balik dari mekah.
Saya kumpul 'Fridge Magnet', kalau ke luar negeri mesti beli satu untuk tambah koleksi.
Saya kumpul Cookie Cans juga, ni contoh yg terbaru.
Yang last but not least ialah saya juga kumpul lemak.
Lemak saya tok sah cerita lah, meriah sakan.
Lemak orang lain juga.
Saya kumpul orang2 yg lebih lemak di bawah bumbung rumah saya.
Tak caya? Sila datang dan sahkan...

Tuesday, July 3, 2012

Potongan guni beras.

Bila stress,
Saya masak,
saya makan.

Saya masak,
saya makan.

Saya masak,
saya makan.

Tu pasal laaa..........

Sunday, July 1, 2012

Guna

Pernah tak awak rasa awak dipergunakan?
Kira awak bertuah lah tu,
ada juga orang nak guna awak.
Berguna lagi awak tu.
Buatnya tak ada orang nak mempergunakan awak,
bukan ke itu maksud nya awak dah tak berguna.
Tak berguna untuk apa apa pun.
Hampeh..
Itik tak sudu ayam tak patuk
Manusia tak hirau pun.
Jadi dengan lain perkataan,
saya yang seringkali di pergunakan ini sepatutnya rasa macam mana?
Happy?
Atau terus berdoa..Guna lah saya lagi...Guna lah saya lagi........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...