Somanu, hanya Tuhan yang mampu mengubah haluan nya.
Malam
ni di jangka Kelantan akan di landa 'Ribut Tropika Somanu' (yg sedang
bergerak kearah negeri ini) mengikut jabatan kaji cuaca.
Apa persediaan yg perlu kami buat? Ngeri dan amat membimbangkan. Pakat2 kita solat hajat untuk kesejahteraan semua.
Kun Fayakun.
Segalanya dari Allah,
Hanya pada Allah kami berserah.
Jauhilah kami dari musibah itu..
Duhai Somanu ubahlah laluan mu...
Lemparkan ganas mu di dada laut,
Usah dihembus walau debu sekalipun
Jangan luruh walau sehelai daun kerana mu
Reda lah wahai angin yg berkecamuk.
Marah mu adalah tamu yg tak pernah kami undang
Ganas mu adalah mimpi ngeri kami
Balik lah ke asal mu,
Pulang lah ke daerah mu dengan tenang.
Tuhan bersama kami, InsyaAllah.
3 comments:
amin
Dulu-dulu Malaysia kena sipi-sipi je taufan-taufan ni, itu pun kat Sabah Sarawak je...
Sekarang dah sipi-sipi ke Kelantan pulok?
Semuga bahagian pantai timur terpelihara dari Ribut TropikaSomanu...
Aamiin...
Post a Comment