Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 6, 2013

Betul ke esuk hujan luar biasa lebat?

Khabarnya esuk bermula lah 'hujan lebat luar biasa' mengikut ramalan pusat kaji cuaca.
Kemungkinan untuk banjir gelombang kedua ni.
Kerajaan pesan supaya berjaga jaga..
Cuba tanya mereka yang berada di kawasan rendah.
Mereka berjaga2 jaga ke tidak?
Sepanjang usia mereka berjaga jaga dan berdoa.
Tapi nak buat macam mana dah kediaman mereka tu berada di 'Zon Banjir'.
Terpaksa hadapi jugak lah.
Kesian kan?
Kawan saya di lahirkan dan di besarkan di kawasan tersebut.
Tapi mengikut cerita dia, teruk tu teruk lah.
Tapi seronok pun ada.
Pesta air setahun sekali.
Mana tak nya, kolam renang di ruang tamu saiz Olimpik lagi.
Keluarga dia telah menyimpan bekalan makanan yg mencukupi.
Pesta makan dan yg paling best,
itulah masa berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Quality time.
Tapi ada juga yg ambil kesempatan masa banjir ni.
Dapat makanan free dan duit bantuan lagi.
Bagi yg betul2 di landa musibah tu tak kisah lah, memang patut pun menerima bantuan.
Tapi yg buat2 di landa musibah ni..
Tuhan bagi musibah betul, baru padan muka!
Apa2 pun kita tunggu dan lihat esuk bagaimana.
Takut jugak kan.
Semoga Allah melindungi kita dari sebarang kerugian harta dan nyawa.
InsyaAllah

5 comments:

che mid said...

pada che mid, sesiapa dari kawasan yg biasa dilanda banjir dah tak terkejut, cuma skrg ni kawasan lain yang tak banjir pun jadi banjir gak, jadi terkejut dan takut pun ada.

ishy77 said...

Moga2 tiada tragedi.. Moga selamatlah semua..

insan marhaen said...

Mungkin bukan di semua tempat.

Bila hujan yang IM bimbang ialah atap rumah yang bocor. Kekadang hujan lebat tidak tetapi bila hujan biasa air menitik ke dalam rumah...

Nizam.Ariff said...

semoga Allah pelihara kita dan harta benda kita dari segala musibah, kak...

Tihara said...

sekadar ramalan tapi kena bersiap sedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...