Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 21, 2013

Masaalah negara yg Tok Jib pun tak leh selesaikan

Entah bila nak tamat.
Cerita macam cerita ayam dengan telor.
Entah mana hujung pangkal nya.
Awak ingat senang ke nak jadi kami ni?
Kami mewakili perempuan yg bertudung..
Susah tau.
Kadang kadang boleh sakit kepala memikirkan nya.
Apa tidaknya, pagi2 sebelum menggosok pakaian untuk ke tempat kerja, ini lah masaalah kami ni.
Masaalah negara ni.

 ANGKAT TANGAN SIAPA DI KALANGAN KAUM HAWA YANG ADA BERBAGAI TUDUNG DAN PAKAIAN TAPI TIME NAK MATCHING NYA CUKUP PAYAH?

Haaa...Ni lah titik mula masaalah yg saya nak oyak ke demo ni.
Saya ni bila beli baju, pening fikir nak pakai tudung mana..Yg ada rasa tak sesuai.
Kena lah beli tudung baru.
Bila beli tudung pula, tak ada baju yg betul2 masuk dgn warna dengan tudung baru tu.
Maka terpaksa lah beli pakaian baru.
TERPAKSA kata saya, harap maklum!
Heran kan, tak leh ke kerajaan keluarkan arahan supaya boleh pakai tudung mana2 sekali pun,
matching ke ridak, tak apa...
Kalau ada arahan begitu tidak lah saya beli tudung dari muda sampai ke tua,tak habis habis..
Pas tu beli pakaian...
Kadang2 nak sedapkan hati saya, saya fikir camni saja lah.
Kalau semua orang berhenti beli belah, kesian pulak dengan Si Penjual.
Kalau saya tak tolong jana ekonomi negara maksud nya saya tak sayangkan negara yg tercinta ni lah.
OK, bertuah sungguh Msia ada rakyat macam saya dan geng2 kaki shopping ni kan?
Terbaekkkkkkkkk...!





5 comments:

ishy77 said...

huhu..sabo jela.. sy pun ade mslh.erk

pena rozie said...

Pakai jer kak yg mane berkenan di ati. Kalau org ckp c mach. Ckp ajer feyen....

Kakzakie said...

Itulah sebabnya berniaga ni 9/10 dari punca pendapatan. Tudung yg dah berderet dlm almari pun sebagai pembeli masih nak beli juga tak puas-puas walau tak ada siapa tahu pun tudung kita beli itu baru ke lama. - kakak hairan pada diri kakak sendiri sebenarnya:).

Kakcik Nur said...

Kalau tanya suami kakcik 'padan tak tudung dengan baju ni?' tak pernahnya dia jawab tak padan walaupun kakcik pakai baju oren tudung hijau! ;-)

Ezza Muffinbiru said...

Hmm..besar tu betul masaalah negara cikgu ya...
tudung dan baju....

Saya ni no hal..pakai kelabu dan hitam saja..so tudung pun main pusing2 kat situ jer..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...