Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, January 16, 2013

Biasa nya rumput memang lebih hijau di laman orang

Terima saja lah,
redha saja...
Dik, tau lah dia tu tak sehensem Aeron Aziz.
Tak manco.
Jutawan pun bukan,
Tak ada mesin cop duit.
Tak apa kalau dia tak pernah bawa bunga.
Tak pernah reti nak 'romantik'
Bahasa pun main bedal saja.
Nak harapkan dia bukakkan pintu kereta macam hero hollywood tu mustahil.
Baik jangan harap yg lebih2 dari dia
Terima seadanya.
Sudah cukup baik bila dia sentiasa hormati orang tua.
Bersyukurlah kerana dia sentiasa ada untuk awak.
Payah dah nak cari yang sanggup tunggu awak shopping sampai tertido dalam kereta.
Ada dia merungut? tak kan?
Lelaki mana yang masih berada di pihak awak sewaktu orang lain semua salahkan awak hari tu?
Dia lah.
Dia tak kisah penampilan awak tu, awak gemuk ke kurus ke, dia terima awak seadanya.
Di bibir dia hanya nama awak yg di sebut2.
Bukan sayang namanya tu?
Itu lah kasih sayang sejati.
Yang kat luar tu, yang lembut gigi dari lidah tu, belum tentu dik.
Berlakon saja tu..Indah yang sementara.
Setan bertopengkan manusia ramai dik.
Caya lah..Cakap melalui pengalaman nih!
Dik,
Cubalah menerima dia seadanya sebagaimana dia menerima awak tu seadanya juga.
Akak tau lah dia tak pernah puji kelebihan awak pun tapi dia menerima kekurangan awak kan?
Lelaki macam mana lagi yang awak nak?

4 comments:

Ibu n Abah said...

Adik yg tak tau nilai permata depan mata tu ada dimana2.. Ticer...

azieazah said...

Harap ciri sebegitu hebat tidak berubah la bila dah dapat idaman hati... Aaamiiinnn

IndaMarya said...

Hi salam Granny Hani, I agree 100% dgn you, zmn sekarang ramai trpesona dgn lelaki yg pndai main kata2.puji sana puji sini, last2 diri sndiri yg merana.kawin sat ja dah kelentong mcm2.tk pa la rupa tk da, perut dia buncit ke, tk da gigi ke (mklum dh tua)asal dia brsama kita dlm susah dlm senang.kan kan?

Anonymous said...

Yang pertama nak cakap, cantiknya background baru ni. Berbunga2.

Tak ada manusia yang perfect dalam dunia ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...