Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 11, 2013

Apa Ada Pada Nama

Nama budak2 sekarang sikit punya canggih!
Panjang berjela pulak tu.
Bayangkan satu kelas ada 30 orang murid dengan 30 macam nama.
Sorang murid paling2 dua nama, contoh Muhammad Hafizuddin.
Terkini ramai yg 3 nama, contoh Muhammad Khairul Danial,
Tu belum masuk nama ayah lagi tu.
Muhammad Khairul Danial b. Abdullah Solihin.

Kesian cikgu tau!
Nak panggil pun payah.
"Muhammad khairul Danial, kedepan jap. "
Diam, tak siapa keluar ke depan.
"Khairul Danial, nama awak Khairul Danial kan?
Diam jugak.
"Ada orang nama Danial tak?"
Aik...Tak ada respond pun.
Saya hampiri dia.
" Awak nama apa?"
Saya pandang wajah dia, mata dia dah mula berkaca.
Jap lagi banjir lah ni kalau tak ribut taufan pun.
"Bukan ke Muhammad Khairul Danial tu nama awak?"
Dia menggeleng kepala.
" Cer gitau cikgu, apa nama awak ni? "
"Along"
"Ayah nama apa?" Saja saya nak duga.
"Papa"
Along bin Papa pun, Along bin Papa lahhhh...





4 comments:

pB said...

kdg kdg rasa menyesal pulak letak nama anak panjang-panjang

Kakcik Nur said...

Hahaha... Tersedak kakcik.

Teringat seseorang yang kakcik kenali dulu. Namanya Shahrul Jumaatul Alam Shah (binnya kakcik lupa) tapi dipanggil Mat je...

ishy77 said...

haha ..payah gini..mcm2 cabaran cikgu..adeii

muhaini said...

Tu belum tambah Wan, Nik, Tengku, Syarifah/Syed .... Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...