Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 28, 2013

Rugi tak tengok aksi saya tadi. Maaf, tidak ada siaran ulangan.

Nak cerita...Nak cerita ni. Tak sabar nak cerita.
Rugi wartawan tak melintas kalau tidak saya sah masuk paper muka surat depan...
'SEORANG GURU BERGELAR NENEK DI TANGKAP MENCEROBOH RUMAH JIRAN'
Kalau laki2 tu tak pelik, kalau muda pun tak pelik Ni saya yg tak pernah2 panjat pagar, tak pernah2 ceroboh rumah orang, tak pernah2 buzy body hal jiran, tiba2 lupa diri.
Ok, bawak bertenang, macam ni cerita nya...
Sedang saya nak terlelap di sofa tadi, seorang jiran tergopoh gapah dtg mintak tolong.
Katanya jiran yg sebelah sana sedang meraung kesakitan dan meminta tolong.
Aik, apa hal dia beritau saya, pergi aje lah tolong kalau rasa nak tolong.
"Mana boleh cikgu, pagar dia berkunci..."
Aik? lagi pelik. Dah berkunci tu suruh dia bukakan aje lah.
"Dia tak boleh bangun, x boleh berjalan, dia jatuh, patah kut"
Laa..Habis saya nak buat macamana?
Ok ok...the only help I can give is to call the ambulance.
Nak kerumah dia rasa segan gak sebab saya tak pernah tgok pun batang hidung dia.
Bukan tak nak bantu tapi kalau kat kejiranan macam ni, bantuan boleh di salah ertikan sebagai menjaga tepi kain orang.
Pagar batu memisahkan dan menjarakkan hati untuk lebih mesra alam.
Jadi saya bantu call ambulance sebab hati kecik saya kata tak baik kalau biarkan saja.
Settle? No.
One more problem,
Ambulance kalau tiba nanti nak masuk macam mana?
One more stupid question from my neighbour.
The stupid answer that I gave her is...
"Jap, I panjat pagar dia, masuk rumah dia dan tekan remote pagar, Datin tunggu kat depan pagar dia k. In case polis nak tangkap I kerana menceroboh pun, Datin jadi saksi yg I cuma nak bantu dia....Deal?"
Deal, kata datin..(Why on the first place I did not ask Datin to climb..Bila lagi nak tengok mak datin panjat pagar rumah orang? Jahat jugak saya nih!)
So ma so...that was it.
Jadi lah spiderman saya ni..
Panjat pagar rumah orang dan rescue her...
Lalu lintas tak terganggu pun dgn adegan spontan saya tu.
Tapi segan jugak tau, maklum lah orang tau siapa saya dan saya ni isteri siapa.
Buatnya ada yg saya kenal passed by masa tu...
Bijak...Bijak...!
Datin lagi bijak, duk posing depan pagar siap snap photo aksi saya sebagai spiderwoman lagi..
Please, jgn masuk facebook Datin yer, tak rela you!
By the way, if you wonder where were the opposite gender when we needed some help?
Ada.
One of then was sleeping in front of the TV set.
Tak leh harap tul lah.


2 comments:

che mid said...

Masa panjat tu pakai kain ke seluar panjang.. he he nasib baik tak tersangkut yek..

Aku Bapak said...

apa yg sebenarnya terjadi kt jiran tu? apa pun harap dia dah ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...