Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 11, 2013

Jaga jangan tak jaga.

Saya tidur, dia masih belum balik rumah, keluar minum dengan kawan2.
Saya sedar tgah malam, dia depan TV..
Saya bangun sebelum subuh, dia masih ngadap laptop, berchatting dengan siapa tah .
Saya baru nak mulakan tugas2 harian, dia tarik selimut, baru nak tido.
Bangun nanti kalau tak waktu Zohor pun, waktu hampir2 nak habis Zohor.
Tu pun kalau dikejutkan, kalau tidak terbabas lah.
Nak kejutkan pun satu hal jugak, kena guna loud speaker.
Satu kejiranan boleh berbangun bila saya kejutkan dia.
(Tapi kalau hari ada lecture atau ada hal, pandai pulak bangun sendiri).
Weiii anak.., awak ni orang ke hapa ni stail berjaga belah malam?
Kita di Malaysia ni, ke awak ikut waktu di Jerman?
Dah terbalik siang dengan malam.
Tapi bagus jugak,
saya tak perlu upah 'Jaga'
Jaga free ada.



5 comments:

azieazah said...

Alaaa Kak. Kat rumah saya pun ada anak bujang lelaki yang pesen macam tu.

azieazah said...

Ohhh rupanya blog saya tak pernah masuk listing di sebelah tu ya.

Norhaizan hakim said...

Anak2...yg kecil perangainya begini..yy besar lagi kita pening kepala..

Kakcik Nur said...

Masa cuti sekolah yang lepas, anak2 kakcik tidur jam 4 atau 5 pagi dan kadang2 selepas subuh...

Granny Hani said...

azieazah, tu list lama tu, anak2 tolong buatkan..Tak ada dlm listing tapi di hati tetap ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...