Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 18, 2013

Maaflah anak, mummy terlupa.

Kelmarin besday anak saya yg ke3.
Entah macam mana saya boleh terlepas pandang.
Mungkin kesibukan yg melampau.
Sebenarnya tidak ada bezanya anak yg mana sekali pun
Sayangnya tetap serupa.
Mungkin bagi orang lain anak saya ini tak sehebat anak mereka.
Biarlah,
Saya tahu anak saya ni tidak secemerlang anak orang lain,
Saya sedar anak saya ni tidak setampan anak orang lain,
Saya faham anak saya ni tidak sesempurna anak orang lain.   
Tapi saya menerima setiap kekurangan anak2 saya seadanya.
Mereka tetap hebat di hati saya.
Hebat kerana mereka menjadikan saya ibu mereka.
Bersyukur kerana di waktu saya memerlukan sokongan dia ada buat saya.
Dia sering buat saya ketawa di waktu hati menangis.
Dia teman yg mengusir sunyi saya.
Dia anugerah buat saya.
Dan dia tak merungut pun bila saya terlupa nak ucap 'hepi besday' tepat waktu nya.
HAPPY BELATED BIRTHDAY MY DEAR SON.
Besday Boy saya ni dah dewasa, dah 23 tahun usia nya.Dia masih belum habis belajar,
merangkak2 mengikut kadar yg termampu oleh nya.
Saya hanya mampu doakan yg terbaik untuk masa depan nya.
Nak bekalkan harta saya tak punya apa apa,
cukup lah saya doakan Keberkatan buat dia dunia akhirat.

Anak,
Tuhan tidak merubah nasib manusia.
Mummy yakin Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Semoga jalan yg harus kamu lalui bukan lah jalan yang terlalu berliku.
Semoga kamu berjaya mengatasi setiap gagal.
Selagi ada hayat mummy selagi itu lah mummy doakan bahagia buat mu.

Happy Birthday Kimi.
All the best n may your wish come true.
We all love you.

7 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Hani,

Happy Birthday wish for your son, Moga ia dalam rahmatNYA. Aamiin

Kakcik Nur said...

Happy belated birthday Kimi. :)

Kniedaz said...

Salam kenal ^_^
Kadang-kadang bukan kita sengaja lupa tetapi kekangan kerja yang buat kita lupa

pena rozie said...

Selamat ulang tahun kimi....

makchaq said...

Happy belated birthday Kimi

Ezza Muffinbiru said...

Selamat hari jadi anak...semuga masa depan mu cerah dan di berkati..jangan lupa peluk cium mama mu yang melahir kan kamu ya...

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran KIMI. Semoga terus menjadi anak yang cemerlang dan menggembirakan keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...