Sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan merana...
Pagi ni saya ke warung ' nasi berlauk' yang terletak berdekatan dengan tempat saya mengajar.
Memang ramai pengunjung kerana dah terkenal seentaro dunia dah 'Nasi Rahim' ni. Saya tercegat di belakang beberapa orang suri rumah yang lebih dulu menunggu giliran untuk di layan.
Ini yang dapat saya rakam untuk hiburan pagi ini.
Ibu A " Dah nak bukak sekolah yer, Alia masuk tahun berapa yer?"
Ibu B "Alia dah nak masuk tahun 3 dah..Itulah Alia duk bising,cikgu kelas dia nanti cikgu yang garang tu...yang ngajar bahasa Inggeris tu"
Ibu A " Nama apa cikgu tu...Haah yer, Cikgu XXX."
Ibu B "Yer, kakak Alia dulu dah kena dgn cikgu tu..selagi tak siap keje rumah dia, tak makan minum..sanggup tak tgok tv..takut sungguh"
IbuA" Memang la, dia pernah ngajar kelas anak ambo pun..kalau tak siap keje rumah dia, sah kena lah esok nya..Apa punya cikgu lah...."
Ibu B "Ambo nak sokmo cikgu tu ngajar anak ambo, garang pun bersebab..Padan muka budak budak ni lah kalu dapat cikgu tu.."
Kwang kwang kwang...
Kena batang hidung saya yang tak berapa mancung ni....
Jadi serba salah saya ni..
Nak tinggalkan warung pun bau nasi berlauk tu merantai kaki saya.
Biarlah, dengar saja lah.....
Dalam pada saya duk focus pada perbualan mereka tu, saya tersentak bila Si penjual nasi tu menyapa saya,
"Cikgu XXX, cuti pun datang jauh2 beli nasi dekat sekolah jugak?? Cikgu nak berapa bungkus?"
Saya melemparkan senyuman pada dua orang ibu itu yang turut membalas senyuman saya dengan senyuman yang paling lawak...
Naper ni , kena tahan polis kat road block dan tak de lesen memandu ke....?
Sah, camtu lah senyuman yang mereka hadiahkan tadi...
3 comments:
salam...
kawe tak der hal dengar komen gitu...hok penting nawaitu kiter...orey bulih kecek ghapo-ghapo...tapi tuan diri hok tahu kija dia..
kawe: senyum semace..
ekeke.. hahahihi nk guling2 nih.. betul le kak ni, sy bygkn dorang ketawa camtu
Senyuman yang kelat,masam,manis,pahit,tawar....
Post a Comment