Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 5, 2009

Nephew ku yang resah..

Anak ku ini sangat halus jiwa nya
Kemana tumpahnya kuah,
kalau tidak ke nasi jua
Bersembunyi dibalik bayangan diri,
Keluhan resah mu anak,
ku sambut.
Lontarkan lah duka mu di bahu ku
hidangkan payah mu itu biar ku hirup.
Menelan dengan rela asal kau bahagia
Duhai anak,
Meskipun aku tidak mampu berbuat apa apa
Sekadar berada dekat di hati mu dan
sentiasa ada untuk mu..
Perjalanan mu masih panjang..
Duri yang mencucuk hati mu itu hanya
luka yang sementara.
Sejuk beku bumi orang adalah lumrah.
Kehangatan semangat mu,
mampu mencairkan salju itu
Anak jantan pantang mengalah,
Tidak ada yang mustahil
Musim dingin ini aku sentiasa terkenangkan mu anak,
Basahi dahi mu dgn wudhuk,
suburkan Doa sejahtera di bibir mu
Langkah mu langkah yg diredhai Tuhan
Hidup di perantauan ini payah anak ku,
Di mana2 pun payah...
Tapi setiap ribut petir dan hujan
akan di sudahi dengan pelangi yang cantik
Demikian lah hidup kita ni anak ku,
berselang seli suka duka pengalaman.
Asalkan kita tabah dan gagah
Kita tidak akan apa apa.

( Anak saudara ku ini tidak mau dikenali..semoga tenang kerana anak ku, kamu tidak bersaorangan..CikNi ada.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...