Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 4, 2009

Takziah atau tahniah..

Balu itu kematian suami,
Dia bukan hanya kehilangan suami,
dia kehilangan bahu untuk di sandarkan duka,
kehilangan tempat bermanja,
kehilangan teman kongsi ketawa,
kehilangan cinta.
Tapi sesungguhnya
Balu itu lebih baik nasib nya dari perempuan itu,
Dia.
Yang masih punya suami.
tapi tidak ada bahu untuk disandarkan kepala,
tidak hadir mesra dan tidak ada lagi cinta.
Tidak dihargai sebagai isteri..
Balu itu meratap setelah kematian suami.
Namun dia diselimuti kenangan manis,
Cinta itu tidak turut terkubur..
Hadir dihati.
Tapi perempuan disebelah nya itu
bukan sahaja kehilangan tempat di hati suami,
saban hari meratapi kehilangan harga diri.
tidak dipeduli lagi.

Jangan salahkan aku bila aku
mengucapkan tahniah pada balu itu
kerana bagi ku,
Balu itu mendapat gelaran secara terhormat,
Bangga dan tenang keakhirnya..
Sedangkan perempuan itu
sudah sekian lama mendapat pingat 'sepi'
Terhina dan mwngusung kelemahan diri,
Resah tiada penghujung.
Sendiri mengubat hati,
Sendiri.

3 comments:

rerama salju said...

erm...sesuatu harus difikirkan....

Maiyah said...

sgt berkesan.. bleh x nk paste dlm blog 'kedamaian hati' saya

Granny Hani said...

Maiyah,u r welcome to n TQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...