Aku kah itu?
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Monday, December 28, 2009
Khas buat teman yang dekat di hati ku
Tiba tiba dia di sahkan mengalami 'mild stroke'
Tanpa tanda tanda awal..tanpa amaran.
Lemah sebelah badan dan masih dalam rawatan
Hari ini dia masih lagi tidak pulih sepenuhnya.
Tapi semangat nya kuat, dia gagah dan optimistic.
Saya yakin dengan izin Allah dia akan kembali
pulih seperti sedia kala..
Cuma hati saya risau,
Berseorangan di perantauan
lebih menyakitkan.
Seharusnya dia cepat kembali
kerana di sini banyak hati yang sedang resah
banyak air mata tumpah.
Apa yang mampu saya buat?
Sekadar bertanya khabar dan berdoa
Walau dihati mau saja buat lebih dari itu.
Jarak membatasi kita
Namun begitu saya tidak pernah lupa
sesaat pun tidak lupa
Segala galanya mengenai dia.
Kerana untuk saya dia sentiasa ada
Teman ku..
Saya hadiahkan selawat buat rasul
Pohan pada Allah
agar kamu sejahtera'
semoga kamu baik baik saja
semoga sakit mu itu sementara.
Kita hanya merancang
Tuhan menentukan segalanya.
Teman, banyakkan lah bersabar dan redha dengan ujian ini..Selawat syifa ini menenangkan hati.Sentiasalah berselawat dan mengigati Tuhan yang maha mengetahui dan pemurah.Hanya pada Allah lah kita memohon doa dan keampunan.
1 comment:
Maiyah
said...
moga dia cpt smbuh
December 28, 2009 at 3:02 PM
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
moga dia cpt smbuh
Post a Comment