Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 9, 2010

Anis nak ke pantai...


Pantai Irama, Bachok.
Gemersik bayu senja
menyapu pipi mu Anis
Biarpun
ganas ombak menerkam kaki mu
Kau berdiri disitu..
Ketawa riang.
Bahasa gelora belum bisa
kau terjemahkan
Dalam lautan belum bisa
kau duga.
Biarlah terus begitu

Sapulah pasir dari kaki mu
Kita harus pulang.
Anis,
Seperti Pantai lain nya.
Irama yang kedengaran di sini
Hanya laungan arus yang meronta ronta
dan kesepian kuala.

4 comments:

TokNabe said...

Agak lama tak singgah di Pantai Irama. Banyak2 pantai di Kelantan Pantai Timur lah yg paling sejuk....... :)

hani@debumelukut said...

TokNabe,
kita pergi tu pun sbb patmat duk sebut sokmo dalam blog dia..

maiyah said...

lama dah x gi bachuk

hani@debumelukut said...

Maiyah dah pernah kesini yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...