Anak anak ini.
Di kelas pemulihan ini.
Adalah anak anak kita.
Sama.
serupa.
Amanah dari Tuhan.
Tanggungjawap kita.
Bezanya
Amat payah menerima apa yang sepatutnya dia terima di bawah bumbung ilmu ini.
Kepayahan ini meruntun hati ku.
Di bahu ini di sandarkan harapan ayah ibu.
Teman sebaya sudah jauh kedepan,
Dia masih kosong dan memerlukan lebih perhatian.
Setiap hari berdepan menatap wajah kosong dia,
Aku jadi tertanya tanya..
Silap nya di mana?
Puncanya apa?
Esuk bagaimana?
Tuhan,
Berikan aku dan anak kecil ini,
bantuan kekuatan dan kesabaran,
kerana berdua aku dan dia, harus lalui kepayahan ini.
2 comments:
Rasanya perlu dia dihantar untuk membuat assessment oleh pakar. Mungkin ada learning disorder/disability yang boleh diatasi dengan tindakan segera.
Y
cabaran buat cikgu
Post a Comment