Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 2, 2010

Esok bagaimana

Tuhan tetapkan lah hati ku.
Aku yang lemah ini
Seringkali mengalah pada kehendak hati
Biarpun aku tahu itu bukan lah yang terbaik
Entah berapa kali aku cuba menjadi gagah
cuba tidak rebah.
Senang sungguh untuk ingatkan orang lain
tapi diri sendiri engkar
Berkali kali aku berpesan pada minda
usah ulangi kesilapan lama
Cuba untuk tidak mudah percaya
Jangan terlalu mengharapkan yang tidak nyata
Usah terlalu meminta minta..
Redhalah dengan apa yang ada
Tabahlah mengharung duka
Maafkanlah kesilapan
Lupakan yang keruh
Syukurlah kejernihan masih ada

Tuhan ku, aku perlu berubah.
Dimana pun aku cuba mencari
jawapan nya hanya pada akal
kewarasan fikiran dan minda
yang tenang
Demi Tuhan yang lebih mengetahui,
Bimbinglah aku semoga tahun ini
Langkah ku tidak sumbang.
Aku perlu kedepan,
Selagi nyawa tidak bercerai
dari badan.



.

3 comments:

maiyah said...

insyaAllah segalanya akan baik dan tenang

::w.bibiey nia w.ghazali:: said...

i like this poem...very..very..very much

hani@debumelukut said...

thank you bibiey n salam kenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...