Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 17, 2010

Kawan kawan

Ready...1, 2,...senyummmm.
Rose senyum.
Saya senyum jugak.
Rose gelak,
Saya sakit urat perut turut gelak bersama.
Teman berkongsi cerita2 bodoh saya
dan cerita2 bodoh dia juga.
Tapi,
Tadi rose menangis.
Saya hanya menangis dalam hati.
Kalau saya menangis terang terang,
Rose mesti meraung..Tau, rose tu memang macam tu.
Cukup lah saya dekatkan telinga,
biar dia boleh bersandar kepala di bahu saya.
Kongsi luka duka kehidupan
Saya sentiasa cuba untuk tidak mengalirkan air mata.
Tidak mau menambahkan redup cuaca hari ni..
Pasti,
esuk kami pasti begini lagi.
Menangis dan ketawa silih berganti.
Itulah cara saya berkawan.


Ini pula cara anis,
Anis dengan kawan kawan nya
Alia, Aisyah dan Insyirah.
Sama kelas dari darjah satu.
Riuh berkejaran bermain di alam kanak2.
Keluar rehat bersama.
Membesar bersama.
Hari ni dengan sahnya Anis dan kawan2
di lantik jadi pengawas sekolah
Tahniah untuk semua.
Selamat menjalankan tugas bakal2 pemimpin masa depan.
InsyaAllah.

1 comment:

maiyah said...

itulah kwn kan mndgr luahan ahabat.. lepas segala duka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...