Naik turun rumah ke rumah.
Beraya la katakan
Selain dari kekenyangan menjamu selera,
saya jamu mata juga.
Setiap rumah yang saya kunjungi tu berbeza.
Saya ke rumah besar tersergam.
Saya kekenyangan di hidangkan kemewahan.
Yb2 memenuhi ruang,
Saya yang bukan YB, senyum pun terasa sumbang.
Alhamdullilah, tuah manusia tak sama.
Saya juga ke rumah teres dua tingkat.
Keluar dari kereta saya dah dengar riuh hilai tawa isi rumah.
Saya hanya kunyah kacang kerana asyik mendengar mcm2 cerita,
tak jadi nak makan.
Kenyang dengan keramahan di kiri kanan.
Seronok dan meriah sungguh..
tapi tak boleh berlama2
byk lagi rumah yg nak saya kunjungi.
Saya kerumah itu.
Rumah papan lama yang sepi
Salam bersambut dan saya dipelawa masuk.
Anak2 tak balik beraya kata nya.
Ibu tua ini berkeras mahu buatkan saya kopi.
Hendak menolak saya takut di katanya saya tidak sudi.
Kopi yang saya hirup sedap sekali..kopi buatan sendiri.
Sekurang kurangnya hari ni dia ada saya,
tamu yang pertama walau sudah 3 hari beraya.
Payahnya saya nak minta diri untuk pulang.
Lirikan matanya yang basah megiringi saya ke kereta.
Saya singgah di rumah seorang teman.
Lama tak jumpa, tak puas sembang.
Walau hanya duduk di beranda,
Saya selesa..
Santai begitu sambil berBBQ.
Kerana saya tak nak makan juadah yang terhidang,
dia bekalkan saya sedikit buah buahan.
Peluk cium dan berjanji untuk jumpa lagi.
Banyak lagi rumah harus saya jejakkan kaki.
Banyak orang banyak ragam.
Beraya setahun sekali.
Ingatan kekal abadi.
1 comment:
Salam Kak Mahani,
Seronok dan terhibur baca entri ini. Pandai Kak Hani menyusun kata. SELAMAT HARI RAYA...
Post a Comment