Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 6, 2010

Kenapa dengan saya ni...

Rusa masuk kampung.
Itu lah keadaan saya sebenarnya.
Kalau ke tempat yang saya tak biasa macam tu lah saya.
Serba tak kena.
Sebab tu lah saya tak suka bila terpaksa ke Jabatan ke, Bank ke, Funtion ke..
Malah kalau pertama kali jejak kaki ke satu2 tempat tu memang saya jadi binggung semacam.
Saya rasa macam orang sekeliling memerhatikan saya.
Saya tak tau apa perlu saya buat..Mulalah saya gelabah.
Nak bertanya pun tak tau kat mana..
Kadang tu bila bertanya ternyata apa yang saya tanya tu jawapan nya di depan mata.
Tambah menyerlahkan kebodohan saya adalah.
Begitu juga kalau saya hadir di majlis2 formal.
Saya seringkali hanya menjadi 'Wall Paper', tercegat sendiri.
Susah nak blend in dgn orang lain sebab saya tak reti mulakan perbualan.
Saya bukan sombong tapi saya tak berani nak approach orang lain.
Perasaan rendah diri tu memang sentiasa ada pada saya.
Itu lah saya sebenarnya.
Seorang yang penakut dan serba kekurangan.

6 comments:

al-lavendari said...

janganlah begitu. anggaplah orang lain tu bukannya hebat sangat. mereka pun macam kita juga. mungkin dia lagi risau !

Anonymous said...

Sama lah dengan makcu, bahkan berat makcu lagi dlm berurusan dengan negara ni. Ingat tak peristiwa k. Ni terlalu berhati-hati di rumah GB W.Hassan dulu tu.... ha ha ha

al-lavendari said...

rasanya dah komen ..tak apalah komen lagi.

antara dua pilihan: perasaan overconfidence dengan perasaan serba kekurangan, saya tidak pilih overconfidence.

Granny Hani said...

tq Al-lavendari, mmg kerana itu lah saya selalu pilih untuk menjadi bayang..berada di belakang tabir saja..avoiding the spotlights.
MakCu, siapa boleh lupa..tu lah akibat terlalu berhati hati bila jejak kaki ke rumah orang lebih2 ni..hehehe..ingat sekali rasa nak gelak lak, ada ke boleh saya jatuh tergolek gitu...buat malu kompeni jer.

mokja said...

Saya selalu pegang amalan ini bila berhadapan dengan situasi perlu berdepan,bercakap atau ber ceramah depan orang.
Selagi tak pengsan semasa semua itu,itu lah kejayaan,yang lain buat tak peduli.
kalau jatuh....bangun ,gabus terus jalan.Ketawa bersama orang lain yang ketawa.Join in.You will feel different.

Granny Hani said...

i wish i am like u Mokjadeandell

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...