Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 22, 2010

Saya masih bayi di usia 14 tahun..Sungguh!

Umur 14 tahun dah lari ikut boyfriend?
Dah pandai sewa hotel ?
Wow!
Saya umur 14 tahun di tahun 1974.
Masih bayi.
Segala keputusan di tangan makbapak.
Baju apa nak pakai, aktiviti apa, belajar apa..
Silap bahsa yg di guna pun dah kena sound kat Mak.
Pagi pagi nak gi sekolah, masih di kejutkan oleh mak.
Mandi bersuruh..berus gigi bersuruh.
Pergi sekolah ayah hantar.
Kalau mood tak eluk, nangis tak nak turun dari kereta.
Mujur ayah sabar memahami kerenah anak nya.
Kawan kawan kebanyakan perempuan sbb sekolah tak campur.
kawan mengaji saja kalau yg laki laki pun.
Itu pun hari hari gaduh kes sorok selipar.
Kalau ada budak laki yang nakal lebih tu,
alamat saya kejar dan ketuk kepala dia lah.
Kalau keluar rumah, hanya dengan mak bapak,
kadang kadang dengan kakak2.
Pun hanya untuk beli keperluan.
tak kenal gathering2 ni,
tak reti party2 ni...
Birthday party tau lah..bawa hadiah dan nyanyi,
potong kek dan tepat jam, ayah tunggu untuk bawa balik.
Agaknya kalau zaman saya tu saya buat macam budak zaman sekarang ni..
Tak lah saya dapat berblog hari nih.
Mak bapak saya dah cincang saya dahhhh....

2 comments:

Anonymous said...

who's the person babe

Anonymous said...

Zaman dah berubah....perangai buruk makin bertambah, hujan sikit dah bah,badan senang-senang direbah, anak yang dibuang makin bertambah, party liar kian cambah, cinta palsu senang diluah,keimanan menjadi gundah...... anak-anak berani cincang mak bapak dahhhh.... (makcu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...