Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 21, 2010

Sedar diri.

Di dalam diari lama ada sekeping kertas yang dah kuning di makan usia.
Saya simpan kertas itu kerana ada sebuah coretan yg saya tulis sewaktu pulang dari upacara pengkebumian. Semalam saya baca. Semalam saya menangis. Tak sangka, tulisan sendiri boleh mengguriskan hati.


Di pusara gemulah ni

Kedegilan memaksa ku
untuk tidak menangis.
Ku lepaskan kau ke dunia baru mu
dengan penuh redha.
Aku berdiri memerhati,
lahad yang baru digali mula di timbusi
Dendam aku pun
mula berkubur di hati.
Hari ini ayah,
Masihkan aku tidak kau perlukan?
Sedangkan di alam baru mu
hanya doa dan sedekah dari ku
yang menghubungkan kembali
ikatan yang pernah
kau putuskan.
Selamat jalan ayah,
Dipusara mu ku pulangkan selautan sepi
hadiah dari mu untuk ku
tiga puluh lapan tahun yang lalu.
Terima lah dia kembali.
Sesungguhnya duka lara ini,
Sudah cukup lama
ku tanggung sendiri.

Rupanya saya ini sentiasa menumpang di hati orang..

6 comments:

Anonymous said...

Hari ini kubur baru perlu digali untuk k. Nie makamkan kertas yang dah kuning itu kerana menyimpannya umpama membiarkan kesakitan merebak dan memamah seluruh sendi tulang. Mungkin gemulah ni tidak berniat untuk memutuskan ikatan, tidak juga kerana keterpaksaan atau miskin kasih sayang... tapi mahu mendekatkan persaudaraan dan meletakkan k. Nie dalam sebuah batil emas, tanpa sedar anak manis ini yang bersenang-senang dgn kemewahan semasa kecilnya, telah berkecil hati . Emas tempawan tidak dapat menyaluti laramu kak, tapi yang pasti doamu amat diperlukan. (makcu)

mokja said...

Hani.
I shared the same experience like you.Not having close ties with my dad.But after he was gone,my mum just speak about his good deeds. And it was like a doc.prescription.Those hate permeates into thin air.
To forgive is good and to forget is awesome.

kak ct said...

salam...

terharu membaca tulisan di atas...

kak ct pun masih terasa kehilangan walaupun sudah 6 bln kehilangan anak teruna..

Alfatihah utk kedua-dua nya..AMIN..

Granny Hani said...

Makcu,
Luka itu sudah sembuh bila tapi ada luka yang serupa menikam dada..Bila berkali2 tidak di hargai, kita dengan sendiri merasa sungguh tak berguna nya diri ini.
Mokjadeandell,
Kita belajar menilai manusia dri sudut berbeza dgn pengalaman yg sebegitu.
Kak ct,
Alfatihah buat dia...semoga rohnya di cucuri rahmat.

curly hair said...

saya pon tumpang sedih cikgu..


ps: myself tak ada blog lagi. memang bercita2 nak berblog...tapi masa tak mengizinkan..being a stay at home mom, with 2 preschool kids and a baby...hmmm..memang tak sempat.

Maiyah said...

menumpang xpe.. sama le sy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...