Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 4, 2011

Membebel tak kira masa.

Belum Subuh.
Senarai perlu buat hari ni dah berjela.
PERLU bukan bermaksud mesti.
Kalau saya tak nak buat pun tak per.
Polis tak saman.
Lepas subuh nanti nak kemas rumah sikit.
Sikit aje tau, byk2 kang sakit urat dawai ku.
Pas tu nak ke pasar, kan dah nak raya ni, byk lah benda wajib yg perlu di beli.
Benda sunat yg bermacam macam tu pun kena beli juga.
Nama pun pergi pasar, kalau tak penuh bakul dan ulang alik isi barang ke kereta tak sah .
Kul 11 nanti nak masak la pulak.
Masak awal sebab nak selesaikan urusan di dapur awal sikit.
Byk hal lain nak di buat.
Nak belek buku resipi.
Nak jenguk Pekan Pengkalan Kubur.
Nak ke Munduk, mungkin.
Nak balik umah Mak.
Nak gi ambik baju kat Tailor.
Nak tonton cerita Korea.
Bab tonton cerita Korea ni kena last,
kalau di mulakan dgn tonton cerita Korea, alamat senarai kerja perlu buat di atas ni semua nya punah.
Hancusssssssssss.
Maka jadi lah hujung minggu seperti hujung minggu yg sudah sudah.
Melekap depan TV dan membazir air mata.
Hubby saya kata saya lah contoh orang2 yg di perbodohkan oleh org Korea.
Tak pasal2, kenal pun tidak, duk tumpang simpati pada cerita rekaan semata2.
Yer lahhhh..Kalau yang bodoh tu saya lahhhhhhh, awak aje yg cerdik.
Opssss...Dah subuh, bye bye laptop...

(Dah solat. Nak sambung membebel sikit lagi, maaflah kalau bebelan saya ni buat awak semua buang masa baca sampai ayat akhir sedangkan tak der benda/isi penting pun..
Terima kasih kerana menjadi tempat saya luahkan apa yg terbuku di hati..
Sebenarnya saya ni kalau senarai dlm kepala tu panjang sangat, mula lah bocor otak saya ni, maka pot pet pot pet entah apa apa jadi nya...Sorry k.)

11 comments:

Unknown said...

kerja wanita memang tak pernah kering..

hehehhehe

part drama korea tu mmg pilihan ayu juga..
selamat hari raya aidiladha ya

Ibu n Abah said...

cikgu...
ini bukan membebel pada saya...
lebih kepada Things To Do Today...
hehehehehe....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Kakcik Seroja said...

Kakcik dah lama tak ikuti drama Korea. Terakhir rasanya kakcik ikuti Coffee Prince (sekarang diulang siar di TV7 - tapi tak ikuti dah). :)

Kat rumah kakcik dah bertimbun pakaian tak bergosok. Rasa nak upah orang, tapi tak mampu nak bayar pulak! :(

Cikli said...

"apalah cikgu tu dok pokpekpokpek malam malam buto ni... aku nak tido pong tak boleh hiiii...." rungut jiran sebelah sambil memekap telinga.

Chik Att said...

kalau ke pasar... benda sunat ngan makruh ... yang banyak ....

ieja amieja said...

amboi mak,panjang berjela listing tu..cukup tangan ke nak buat tu semua..selamat aidiladha

MulutPayau said...

Bnyaknya kerja yg kak Hani nak buat....harap2 semuanya sttle...
Selamat hari raya aidiladha....

Mulan said...

pagi tadi dah soping kat pasar tani utk raya.. bawak balik rmh Mak kt Kuantan & masak je nanti..

citer Korea tu kan..... buat mata kita bersih tau... doctor pon kata nangis tu amat perlu..

munna said...

peminat cerita korea juga kak hani ni ye... samalah kita

Acik Erna said...

alamak hani..nampaknya acik pun ama.satu hari tak dapat ngadap citer korea..tak sah rasany..

insan marhaen said...

macam IM jugalah. sebab itu kalau IM diam aje, jangan ganggulah tu. itu emosi tengah berada di peak. boleh meletup!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...