Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 9, 2012

Ada yang macam ni..

Kesesakan jalanraya mula menjadi jadi.
Tu perantau belum mula bawa balik kereta mewah lagi tu.
Tengok jer lah minggu depan.
Segala macam kereta akan muncul di jalan raya.
Segala macam orang yang bersalut kemodenan mula memenuhi ruang.
Wahhh...Hebat betul lah mereka yang dah bersalin kulit ni.
Barang Branded dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Cakap pun dah stail org kolumpor...
Cerita yang di bawa balik pun hebat hebat belaka.
Ribu2 dah tak main, juta you!
Projek depan belakang habis di senaraikan.
Yang tadah telinga pun ternganga dan kagum.
Mak bapak senyum lebar, anak menantu hebat dah balik.
Kalau boleh nak suluh dgn spotlight biar satu kampung tau.
Tapi bukan semua macam tu, segolongan kecil saja.
Selalu nya yg betul2 berjaya di perantauan tu tunduk bak padi berisi.
Yang tebal iman nya kemana pun tetap merendah diri.
Yang pukul tin kosong tu sebenarnya tak nak kalah jer
Tak berbaloi lah tinggalkan kampung kalau kurang kelas.
Walhal, orang kampung tak kisah semua tu,
dapat berkumpul setahun sekali pun dah seronok sangat2.
Aduhai, siapa lah kita nak sekat 'angin' orang kannn..
Biarkan lah mereka bercerita penglipur lara..
Kita tumpang gembira kalau mereka bahagia.
Pak Long yg kebun berekar tu senyum penuh erti.
Dan Pak Kaduk dari kolumpur terus mengayam mimpi.


4 comments:

Kunang-Kunang said...

He he, ada lagi ke makhluk yang macam tu.

secangkir madu merah said...

Minggu depan sunyilah Kolumpo...

MulutPayau said...

sesekali balik kg, ngalahkan menteri..hehehe..saya pernah jumpa orang macam ni....

KakNi (CikNi Ahni) said...

pengalaman saya pulak, kita ni nak blk kpg sbb nak jumpa/kumpul family tp ada pulak org yg dok buat 'assessment' kat kita ni. especially sbb sy ni mmg x brp reti nak bergaya sgt, kdg2 kena perli pulak "takkan dok KL tp gitu gini" adoi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...