Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 30, 2012

Apa salah budak ni?

Anak murid saya di tangkap mencuri Hset guru pagi tadi.
 Dia seorang kanak2 perempuan berusia 9 tahun.
Ibu bapa tidak mengenal tikar sembahyang, puasa pun jarang2.
Bapa tidak bekerja dan kaki judi.
Kasut yg dia pakai koyak dan baju lusuh dan comot.
Wajah nya menggambarkan kemiskinan.
Apa kah yg menjadikan anak ini panjang tangan?
Kurang didikan agama kah?
Kepincangan hidup kah?
Kerongkong saya tersumbat bila dia mengalirkan air mata...
Apa pun alasan nya, mencuri itu tetap salah.
Perlu di ambil tindakan.
Tapi nak denda anak ke nak denda mak bapak ni?
Entah lah, tak tau nak cakap apa dah ...

5 comments:

azieazah said...

Aduhaiii kesiannya budak tu.
Anak saya yg umur 10 tahun pun masih saya peluk dan makan bersuap kadang-kadang.

Mungkin perlu adakan sesi kaunseling dgn ibubapanya??

anyss said...

Assalamualaikum,
Tak terkata apa-apa...kaki judi sanggup aje jual cucu utk berjudi.

Kepimpinan melalui tauladan, selagi ketagih judinya tak diubati, kaunseling mcm manapun tak jadi apa.

Nizam.Ariff said...

hududkan mak bapak dia je...

KakNi (CikNi Ahni) said...

Just wondering lah kan... dia curi hp tu nak buat apa? nak guna? nak bg parent utk jual ke apa.... mmg betul lah kata2 fakir itu hampir kepada kafir...

Pn Kartini said...

Assalamualaikum:)

Memang dilemma juga dibuatnya..
dalam usia semuda itu..dan dengan kurangnya didikan agama dan kasihsayang..semua menjadi faktor ..

Simpati pada anak2 yang menjadi mangsa..
MOga apa yang berlaku kan menjadi peringatan dan iktibar sekaligus bisa mengubah diri murid berkenaan..InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...